Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»ApaNakBuat»#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

Han OthmanBy Han Othman13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tersalah tekan pedal minyak

ISU tersalah tekan pedal minyak (pedal misapplication) kembali menjadi perhatian berikutan insiden membabitkan seorang guru wanita terlanggar pelajar Tingkatan Satu di SMK Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Walaupun sering dianggap kes terpencil, realitinya fenomena itu berlaku di seluruh dunia dan dalam banyak situasi boleh membawa kepada kemalangan serius atau kematian.

Statistik: Bukan Kes Terpencil

Logo NHTSA
Logo MIROS

Di Malaysia, data khusus menegnai tersalah tekan pedal tidak diasingkan, tetapi menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih 80 peratus kemalangan jalan raya berpunca daripada faktor manusia, termasuk kesilapan kawalan pedal.

Di peringkat global:

  • Kajian Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS) menganggarkan sekitar 16,000 kemalangan setahun di AS berpunca daripada tersalah tekan pedal
  • Di Jepun, kes seumpama itu kerap dilaporkan, terutama melibatkan pemandu warga emas yang hilang kawalan ketika parkir atau memulakan pergerakan

Punca Utama Salah Tekan Pedal

Kesilapan itu lazimnya berlaku dalam situasi berikut:

  • Panik atau refleks salah – Tertekan minyak ketika sepatutnya membrek
  • Faktor usia – Masa tindak balas lebih perlahan, mudah keliru pedal
  • Posisi pemanduan tidak tepat – Kedudukan kaki tidak selari pedal
  • Gangguan fokus – Penggunaan telefon, tergesa-gesa atau kurang tumpuan

Lokasi ‘Panas’ Kes

Menariknya, kes tersalah tekan pedal jarang berlaku di lebuh raya. Sebaliknya, kerap berlaku di kawasan:

  • Parkir kenderaan
  • Laluan sempit
  • Depan premis perniagaan
  • Kawasan sekolah
  • Laluan pandu lalu (drive-thru)

Faktor utama adalah kelajuan rendah tetapi ruang terhad, yang meningkatkan risiko perlanggaran apabila berlaku kesilapan.

Teknologi Automotif: Boleh Elak atau Kurangkan Risiko

Industri automotif juga sudah memperkenalkan beberapa sistem keselamatan bagi menangani isu tersebut seperti:

1. Sistem Brek Atasi Terotel (Brake Override System, BOS)

  • Sistem akan mengutamakan brek jika pedal minyak dan brek ditekan serentak
  • Kini menjadi ciri standard pada kebanyakan model moden

2. Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

  • Mengesan halangan di hadapan
  • Mengaktifkan brek secara automatik walaupun pemandu menekan pedal minyak

3. Kamera 360°, Sensor Parkir

  • Membantu mengesan objek di sekeliling kenderaan
  • Mengurangkan risiko panik ketika parkir

4. Pedal Pintar / Kawalan Salah Tekan Pedal (Misapplication Control)

Digunakan pengeluar seperti Toyota dan Nissan:

  • Sistem mengehadkan pecutan jika terdapat halangan dekat
  • Sangat efektif dalam situasi parkir dan halaju rendah

Situasi Malaysia: Bergantung Pemandu

Di pasaran tempatan, kebanyakan model segmen mampu milik belum dilengkapi sistem kawalan pedal pintar, dan masih bergantung sepenuhnya kepada kawalan pemandu.

Ini menjadikan aspek disiplin pemanduan dan kesedaran keselamatan lebih kritikal.

Langkah Pencegahan Perlu Dibuat

  • Disiplin kaki kanan – satu pedal pada satu-satu masa
  • Tekan brek sebelum masuk gear
  • Elak gangguan ketika parkir seperti menggunakan telefon pintar, atau tergesa-gesa
  • Laraskan posisi kerusi dengan betul
  • Pilih kenderaan dengan ciri sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) jika mampu

Isu tersalah tekan pedal minyak mungkin kelihatan remeh, tetapi statistik dan kes sebenar membuktikan ia berisiko tinggi walaupun pada halaju rendah.

Walaupun teknologi automotif semakin maju dan mampu membantu, tetapi faktor manusia kekal sebagai penentu utama.

AEB Malaysia apa nak buat BOS kereta apa keselamatan pemanduan Malaysia pedal misapplication Malaysia punca kemalangan parkir Salah Tekan Pedal Minyak tahukah anda teknologi keselamatan kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Roda2

Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.