Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

Han OthmanBy Han Othman03/08/201957 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ABANG, macam mana saya nak connect Bluetooth Myvi? Saya tekan button tu sampai ke sudah tak boleh nak pair. Saya Myvi SE 2014.

– Esah (bukan nama sebenar)

JIKA anda pemilik Perodua Myvi (juga model-model jenama lain), tahukah anda fungsi sebenar Bluetooth dalam kereta anda (untuk varian yang ada)? Ataupun anda buat tidak peduli saja? Merujuk kes pemilik Myvi di atas yang kebetulan kami juga ada model sama untuk didemokan, Bluetooth dalam Myvi menawarkan dua ciri utama, iaitu fungsi panggilan bebas tangan dan memainkan fail lagu dalam telefon bimbit. Sangat penting buat mereka yang kaki bercakap dan sukakan muzik.

Sebaik saja anda mengaktifkan Bluetooth, anda boleh sambungkan fungsi audio, bunyi atau suara telefon bimbit terus kepada pembesar suara kereta. Tidak perlu lagi memakai kit bebas tangan atau gajet fon kepala, terus saja cakap! Bagi ciri audio pula, jelas tertulis pada panel tengah bahawa pemain audio Myvi boleh membaca fail WMA dan MP3.

Sekarang kami cuba jelas langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk aktifkan fungsi Bluetooth tersebut:

* Klik gambar untuk zum paparan.

1. Aktifkan Bluetooth di telefon bimbit terlebih dahulu.
2. Tekan butang Bluetooth dalam masa 6-8 saat sehingga terdengar bunyi beep sebanyak tiga kali. Teks ‘PAIRING’ akan melintas muncul pada skrin.
3. Cari tetapan (setting) Bluetooth dan klik pada BLUETOOTH CAR KIT yang tertera dalam senarai.
4. Masukkan kata laluan jika diminta – 1111 atau 1234. Tekan OK.
5. Bluetooth berjaya diaktifkan apabila tertera perkataan CONNECTED.
6. Kemudian, teks tertulis MANU ANS (manual answer) akan menyusul yang menandakan fungsi kit panggilan bebas tangan diaktifkan.
7. Jika mahu mainkan fail lagu, terus tekan butang A2DP (Profil Agihan Audio Termaju / Advanced Audio Distribution Profile). Tidak perlu lama.
8. Teks BLUETOOTH MUSIC menunjukkan fail lagu sedang dibaca dan akan dimainkan.
9. Cuma padamkan ciri Bluetooth pada telefon bimbit untuk matikan fungsi.

KALI KEDUA CUMA TEKAN BUTANG

Bagi pengaktifan kali kedua, anda tidak perlu lagi mempasangkan (pairing) fungsi Bluetooth antara pemain audio kereta dan telefon bimbit kerana maklumat peranti anda itu sudah selamat disimpan. Anda cuma perlu terus menekan butang Bluetooth (tidak perlu lama) pada panel audio dan proses carian (SEARCHING) akan dibuat. Kemudian, hasil carian akan bersambung automatik dengan telefon bimbit anda.

Seperkara lagi, jangan pula lupa namakan semula (rename) nama standard BLUETOOTH CAR KIT kepada nama sendiri atau nombor pendaftaran kereta anda atau apa saja nama yang anda suka.

Selamat mencuba! 😀

BACA >>> Berapa Liter Minyak Rizab Dalam Tangki? Berapa Jauh Pula Kereta Boleh Bergerak?

aktifkan Bluetooth Myvi apa nak buat autotainment Bluetooth cara on Bluetooth Myvi fungsi Bluetooth Myvi Perodua Perodua Myvi SE tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

23/02/2026
Kapal terbang, kereta api atau kereta, mana paling berbaloi?
Autotainment

#TahukahAnda: Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

24/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026

57 Comments

  1. Munyetkecik on 20/08/2017 11:51

    Terima KASIH bang .. Sbb Abg lAh saya berjaya play lagu dgn fon Saya hari ni .. Setelah setahun sy cuba ✌️

    Reply
    • Erin on 11/09/2017 13:18

      Awak pakai myvi apa? And phone apa ye? Sebab saya tetap tak boleh connect

      Reply
      • Puteri syahfinaz on 19/06/2018 14:44

        Wow best nya kalau saya tengok cara2 ini senang untuk saya membuat nya kalau ni lah saya boleh ajar kawan saya…. S

        Reply
        • Puteri syahfinaz on 19/06/2018 14:45

          Saya boleh lah dengar lagu2 yg sedap hehehhe

          Reply
          • Puteri syahfinaz on 19/06/2018 14:48

            Kalau saya nak dengar lagu saya pakai joox je senang atau pun youtube hehehhe dengar dandut ke fuyuh

  2. Terima kasi @Esah on 17/09/2017 13:15

    Terimas kasi @esah bukan nama sebenar memberi tunjuk ajar ,hampir setahun mengunbakan myvi ,tidak reti2 nak sambungkan ,

    TERBAIK ……

    Reply
  3. Nur on 26/09/2017 17:50

    Pertama kali saya connect bluetooth dan cuba buat panggilan, volume suara kuat dan jelas kedengaran. Tp setelah kali kedua dan seterusnya sy cuba connect dan bt panggilan, volume suara tak jelas kedengaran. Sdgkn sy sda cuba kuatkn volume (33) ttapi ttap tdk jelas kedengaran. Knp tu ya

    Reply
    • ABG GYL on 26/09/2017 21:14

      Volume phone ada cuba adjust?

      Reply
  4. Hafiz on 24/10/2017 15:12

    Alahhai. Sy ingat mmg rosak. 3 tahun pakai myvi cuba pairing x boleh sampai ke sudah. T/kasih la ye tuan rumah share. Haha

    Reply
  5. wan on 28/10/2017 06:25

    ada sedikit masalah.kebiasaannya sy guna samsung untuk connect ke myvi.semuanya ok,berfungsi.baru nie beli fon baru nova 2i ada sedikit masalah.bila connect ok.tp bila play music speaker kereta tiada sebarang bunyi.hanya fon yg keluar muzik..mengapa ya?

    Reply
    • Husna Fairiz on 27/07/2018 23:05

      saya dulu pakai hp redmi note2.. elok jek pairing.. layan pimai pimai tangtu dari ipoh ke jb.. skrg tuko hp. nova2i.. jenuh pairing xdpt².. ke sbb hp eah?

      Reply
      • Alia on 22/04/2019 02:06

        Ya rabbi sy igt sy je alami benda ni.. Dia cm xnak pair dgn hnfone lain kan once dh dgr dgn hnfone satu.. Nak bt cane eh.. Ke nak kne g produa utk reset smula rdio tu

        Reply
  6. Ssrikin on 17/11/2017 04:26

    Saya beli bluetooth speker tak tak dpt terima masuk?

    Reply
    • Ssrikin on 17/11/2017 04:31

      Rugilah

      Reply
  7. Ragu on 19/11/2017 10:11

    Superb bro… Thanks . Its very helpful

    Reply
  8. ain on 22/11/2017 09:23

    salam..mcm mana nk buat bile xblh nk pair..dia tlis password x same..mcm mane nk tkar password bg same ye?

    Reply
    • Mie on 28/12/2017 13:41

      saya mula2 dua2 password pun tak boleh . saya try 0000 baru boleh

      Reply
      • Aaaa on 13/09/2019 17:35

        Betul. Tukar password. 0000 terus connected. Thank you!

        Reply
  9. Mimie FZ on 28/12/2017 10:02

    salam . saya nak tanya , iphone 7 boleh pair tak ?

    Reply
    • Skyhunter on 13/01/2019 10:08

      Tk slap sume iphone bleh..sbb sy connect iphone Xs pon lepas..

      Reply
  10. nasron on 31/01/2018 09:05

    salam pagi sape2 tahu mcm mna nk aktifkn bluetooth pairing utk keto persona saya model dynavin player..

    Reply
  11. HK on 09/02/2018 18:41

    Thank you sooooo much…akhirnya berjaya juga!

    Reply
  12. ME on 02/03/2018 13:22

    Bro ,
    ada tutorial perodua axia advanced tak?
    Dah berbulan tak boleh pair xD

    Reply
  13. Fyza on 30/03/2018 21:34

    Assalamualaikum.. Abg, sy nk tanye. . Kenapa sy tak boleh connect bluetooth sy ye. . Sy masukkan password tp dia kate incorrect sedangkan car bluetooth sy tak pernah connect dengan mane2 fon.
    Tq

    Reply
    • AO on 01/04/2018 01:40

      Kena masukkan password default 1111 atau 0000

      Reply
  14. Shafiq on 22/04/2018 17:55

    Askum, saya pakai myvi2018, dah connect dgn bluetooth car kit then dia ckp unsuccesful. Belum sampai mintak password lg. Kenapa ye?

    Reply
  15. Faizah on 06/05/2018 14:02

    Hi nak tny sy punya kereta Myvi 2007 x boleh pairing Bluetooth . Boleh tolong

    Reply
  16. serene on 02/06/2018 19:34

    wow, terima kasih, dah byk kali cuba tak dpt pairing, sekarang baru tahu kena tekan 6-8 saat sampai bunyi beep baru boleh pairing, ingat boleh pair terus sebelum ni. Thanks for sharing, memang berguna post ni.

    Reply
  17. Din on 03/06/2018 01:50

    Salam,mcm mana nk off kan Bluetooth kat player tu eh..model Myvi ezi 2009

    Reply
    • ABG GYL on 04/06/2018 11:04

      Kebiasaanya dia akan off sendiri secara automatik.

      Reply
  18. Atun on 03/06/2018 21:32

    Oppo f7 tak boleh ya

    Reply
  19. Bingung on 12/06/2018 21:04

    Kenapa tak kluar nama dekat Bluetooth phone sy erk

    Reply
  20. Aiman on 25/07/2018 17:18

    Salam 1 Malaysia

    Previously saya dah pernah connect kan bluetooth car dgn mobile phone saya. Everthing work just fine.
    Then, saya tukar phone baru. Samsung J6. Then bluetooth xleh connect dgn phone bru

    Reply
  21. Nadiah on 18/08/2018 16:44

    Macam mana nak tukar nama bluetooth tu pula ? Through hp or player myvi ni ek?

    Reply
  22. shaukey on 27/08/2018 18:05

    kalau kereta alza mcm mana pulak?sama juga ke caranya?

    Reply
  23. Aish on 01/10/2018 15:54

    Boleh tlg bagitahu mcmana nak offkan radio myvi se.Saya try tekan dekat button volume tapi tak boleh off pon

    Reply
  24. Nor on 20/12/2018 21:38

    Setelah 7 tahun guna myvi.. Hari ni baru boleh guna bluetooth handset ke kereta..

    Reply
  25. Ya on 07/01/2019 12:45

    Saya tak dapat pair la kenapa ye dah search kat phone tak detect

    Reply
  26. Lutfi on 28/01/2019 12:55

    Tlg bgtau nak matikan auto answer macamana?
    Alza ezi 2011

    Reply
  27. dins on 31/01/2019 13:29

    Salam sebelum ni saya dah ubah password bluetooth tapi dah lupa. Bagaimana nak reset kepada password asal?

    Reply
    • AO on 06/02/2019 06:47

      Guna password default

      Reply
  28. Izzat on 31/05/2019 07:55

    Aslm. Knpa saya msukkan pin.. Tp tk boleh

    Reply
  29. Abg misai on 27/06/2019 09:49

    Sama saya pakai perodua alza. Hanya satu phone sahaja yang dapat connect dgn Bluetooth kereta saya. Peranti lain tak dapat. Cmna tu :-{(

    Reply
  30. Tiey on 10/07/2019 13:34

    Trima kasih byk2.. Guna Bluetooth msa first bli.. Lpastu dh xleh buat.. Lpas 4 tahun.. Ni bleh buat balik..

    Reply
    • ABG GYL on 10/07/2019 17:56

      sama-sama

      Reply
  31. syikin on 01/08/2019 08:44

    mcm mana nk off auto answer ye dalam myvi ni?

    Reply
  32. farahfaraheeda on 10/09/2019 20:27

    hai abg

    tengs ats pengkongsian . menjadi bluetooth myvi sy . alhamdulillah .. terima ksih . satu perkara lagi mcm mna nk rename bluettoth myvi tu ye? tq

    Reply
  33. JB on 02/11/2019 15:27

    saya cuba connect bluetooth dr hp oppo A83 ke kereta Alza tak dapat.

    Reply
  34. Akib on 22/02/2020 13:41

    Saya punya Bluetooth kereta tak boleh connect dengan phone saya sebab kakak saya pernah guna kereta saya dan bila dia guna kereta saya mesta takleh guna selepas tu dan sampai sekarang tak boleh nak connected apa nak buat ye

    Reply
  35. Izat Nazrin on 16/03/2020 15:09

    Macam mana nak atasi password yg dah lupa

    Reply
  36. Akim azman on 24/07/2020 02:52

    Bang saya nak tanya lah, saya pakai kereta axia se 2019, bila pakai bluetooth tu, nanti kengkadang radio tu, dia selalu hang. Kenapa ye? 🙁

    Reply
  37. Brown sus on 08/10/2020 14:37

    Thanks dooooo.. Sya heran kenapa takda bunyi walaupun tak paired 😀 maksehh banyak2 hehek

    Reply
  38. Shaun on 07/12/2020 09:27

    Hi, tahu tak macam mana display nama lagu & artis (sekarang ‘Bluetooth Music’ tertera saja)?

    Terima kasih!

    Reply
  39. mia on 15/04/2021 07:25

    iphone memang xboleh connect ye ?

    Reply
  40. Sha mohd on 19/10/2021 14:41

    Tak berjaya.. last2 sign Bluetooth kt display kereta ni hilang camtu je n kt hp kua unsuccessful.. benci.. mcm nak jual je mebi nih.. 🙄

    Reply
  41. Arul on 17/02/2022 11:37

    Sy dah cuba cara ni, mmg boleh. Tp bila dah forget device, dah takleh guna lagi. Sebab apa eh?

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:20

      Tak perlu forget atau padamkan daripada list. Bila dah connect, biasanya akan autoconnect bila buat cara sama

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.