Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal
Autotainment

#ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

WahidBy Wahid17/07/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI penunggang mengambil berat prestasi tayar motosikal masing-masing sampai ada yang bergaduh sesama sendiri pasal tayar siapa paling power, paling bagus atau paling mencengkam jalan. Lucunya, ramai pula yang mengabaikan tayar selepas dipasang.

Tayar memerlukan penjagaan, sama seperti komponen motosikal lain. Bagaimanapun, penjagaan itu tidaklah begitu intensif atau kompleks. Di sini kami kongsikan 5 tip mudah penjagaan tayar yang boleh anda ikut.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

1. RUN-IN TAYAR DENGAN CARA BETUL

Penjagaan tayar seharusnya bermula ketika tayar masih baharu. Cara kita ‘menggolekkan’ atau run-in tayar baharu akan mendatangkan kesan pada jangka hayat tayar tersebut (sama juga seperti cara kita run-in enjin baharu).

Cara run-in tidak susah. Kita hanya perlu berhati-hati dan tidak menunggang secara laju melulu untuk 300-500km pertama. Ini membolehkan kita menghilangkan salutan licin atas tayar. Permukaan bersinar pada tayar baharu adalah salutan untuk mengeluarkan tayar daripada acuan (mold release). Sebab itulah tayar baharu licin.

Selain itu, komponen tayar terdiri daripada campuran ratusan material yang memerlukan haba sekata supaya ia bersebati. Jika kita mengenakan haba dan daya melampau pada peringkat awal, ada kemungkinan sesetengah bahan itu dipanaskan secara tidak sekata. Ini akan menyebabkan tayar hilang prestasi apabila sampai pertengahan jangka hayat.

Inilah punca ramai penunggang merungut pasal tayar sudah kurang mencengkam. Ingat, jangan terus dilanyak tayar baharu!

2. PANTAU TEKANAN ANGIN

Ini aspek penjagaan tayar paling kerap diabaikan.

Tekanan terlalu rendah menyebabkan tayar jadi terlalu panas dan bunga haus dengan cepat. Tambahan lagi, tayar kurang angin memaksa kita menggunakan lebih kuasa enjin kerana motosikal rasa ‘berat’. Malah, menyebabkan tambahan penggunaan petrol.

Sebaliknya, tekanan terlalu tinggi pula menyebabkan penggunaan jalur tengah tayar secara melampau. Selain itu, kita jadi tidak selesa sebab rasa tayar melantun-lantun ketika bergerak. Cengkaman pula terjejas kerana golekan tayar tidak dapat mengikut permukaan jalan.

Berapakah kadar tekanan angin yang patut diisi?

Ikut saja apa disarankan pengeluar motosikal. Ini kerana pengeluar sudah merumuskan tekanan paling baik untuk prestasi motosikal anda. Kita boleh meninggikan tekanan jika bawa pembonceng atau beban, tetapi ikut juga apa disarankan pengeluar.

Cara terbaik mengukur atau mengisi tekanan angin adalah ketika tayar masih sejuk. Sebaik-baiknya dapatkan alat pengukur tekanan angin tayar kerana pam angin di stesen petrol tidak selalunya tepat. Tekanan angin haruslah diukur setiap dua hari.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

3. PERIKSA FIZIKAL TAYAR

Kita sepatutnya memeriksa keadaan fizikal tayar sebelum memulakan perjalanan. Ini membolehkan kita mengesan sebarang kerosakan, pancit atau tanda penggunaan tidak normal seperti suspensi yang tidak dilaraskan dengan betul.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

4. BERSIHKAN TAYAR

Kita hanya perlu bersihkan bahagian tepi tayar (sidewalls), tidak perlulah keseluruhan tayar.

Tip ini dimasukkan kerana kami hendak menyarankan anda supaya berhati-hati ketika membersihkan rantai motosikal. Penggunaan bahan pencuci seperti petrol, diesel, minyak tanah, ‘thinner’ tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana ia bukan hanya merosakkan rantai, tetapi juga boleh merosakkan tayar.

Bahan-bahan ini akan membuat getah jadi keras dan senang merekah dan boleh buat tayar hilang cengkaman. Bersihkan saja dengan cecair pencuci yang dikhaskan untuk tayar.

5. APA NAK BUAT KALAU TAYAR PANCIT

Sebenarnya, pengeluar tayar menyarankan tayar harus ditukar baharu jika terkena paku dan sebagainya yang menyebabkan pancit. Ini kerana lapisan dalaman tayar seperti jalur keluli, lapisan Kevlar, dan sebagainya yang ditembusi objek seperti paku akan membuatkan struktur tayar jadi tidak kuat.

Bagaimanapun, kami faham tidak semua kalangan kita mampu berbuat demikian. Kita biasanya akan menampal tayar yang pancit tersebut dengan kit ‘cacing’ (untuk tayar tiubles) yang dibuat daripada material getah.

Sebaiknya, tayar harus ditanggalkan dan ditampal pada bahagian dalam. Ini kerana tayar mungkin akan rosak apabila dicucuk dengan kit ‘cacing’. Ya, tayar motosikal penulis sendiri pernah rosak sebab mekanik silap cucuk ‘cacing’.

Tetapi jika ‘cacing’ digunakan juga, ingatlah kaedah itu hanya penyelesaian jangka pendek. Jangan sesekali tinggalkan cacing itu selamanya. Ini kerana lubang pancit itu boleh jadi lebih besar, dan ‘cacing’ boleh tercabut. Jadi, gunalah cacing hanya untuk ke bengkel berdekatan.

Jika tayar anda jenis tiub, anda tiada pilihan lain kecuali menukar terus tiub tersebut demi keselamatan.

BACA >>> #Videotomotif: Biar Benar, Tukar Tayar Motosikal Hanya 25 Saat!

PENUTUP

Itu saja tip penjagaan tayar yang perlu anda ikut. Semoga tayar anda dapat memberikan kepuasan dan keselamatan sepanjang jangka hayat ia berkhidmat buat anda.

apa nak buat autotainment roda2 tahukah anda tayar motosikal Tip Jaga Tayar Tip Penjagaan Tayar Motosikal
Wahid

Artikel Berkaitan

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

04/02/2026
`
Roda2

Hyper Naked Ekstrem MV Agusta Rush Titanio 2026 Diperkenal, 300 Unit Sahaja!

10/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.