Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?

Han OthmanBy Han Othman27/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN sedikit pemandu yang berdebar-debar setiap kali mahu memarkir kereta, terutama parkir selari atau sisi (parallel/side parking). Buktinya, ada berlambak video yang dikongsikan laman sosial seperti YouTube yang menunjukkan ramai pemandu masih gagal memarkir kenderaan dengan sempurna.

Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Tidak mengapa, kami akan bantu anda menerusi artikel ringkas ini. Tetapi apa yang penting adalah berlatih sehingga mahir. Ini cuma teori. Anda boleh lakukannya di mana-mana tempat dan kawasan parkir lapang pada hujung minggu. Ingat, practice makes perfect!

BACA >>> Lelaki Pecah Rekod Beli Petak Parkir Harga RM2.8 Juta, Paling Mahal di HK

Hukum ibu jari (rules of thumb) dan pengalaman sangat membantu, tetapi kami lebih suka memilih eksperimen berulang kali. Mungkin anda sudah mahir dan setiap tindakan dilakukan secara spontan. Tetapi tahukah anda bahawa setiap langkah yang anda lakukan itu sebenarnya berasaskan aturan sama seperti di bawah ini.

Cara parkir selari.

Baca panduan ini sambil merujuk gambarajah utama di atas:

1. Pandu kereta supaya selari dengan kereta sebelah. Pastikan gandar belakang (tengah rim) sejajar dengan hujung bampar kereta sebelah. Pusing stereng ke kiri hingga habis dan mula pandu masuk ke dalam petak parkir.

2. Undurkan kereta hingga bahagian tengah kereta selari dengan bampar belakang kereta sebelah. Kemudian, luruskan stereng dan undurkan kereta hingga tayar belakang (kanan) sejajar dengan tepi jalan.

3. Pusingkan stereng arah bertentangan (kanan) dan undur kereta. Anda akan dapati sisi kereta anda akan berada sejajar dengan kereta sebelah, yang sekarang di depan.

4. Jika mengikuti langkah diberikan, kereta anda pasti akan berada dalam petak parkir yang dimahukan. Keluar sekarang dan perhatikan hasil kerja anda.


DIBUKTIKAN MATEMATIK

formula-side-parking
Kajian University of London yang disokong Vauxhall baru-baru ini menetapkan amaun sebenar ruang ekstra yang diperlukan sesebuah kereta untuk diparkir selari. Ia bergantung kepada radius pusingan (r) kereta anda, jarak roda atau wheelbase (l), jarak dari pusat roda depan hingga depan kereta (k) dan lebar kereta yang anda cuba parkir di belakangnya (w).

Tapi, siapa pula yang mahu peduli dengan rumus ini? Hmmm…

BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?


ALTERNATIF

Tarik brek tangan. Dua beradik di Britain dengan memandu model MINI original berjaya memecahkan rekod dunia memarkir kereta secara selari dalam ruang sempit, iaitu 5.2 inci sahaja. Rahsianya, pusingan J tepat dan gril besi bampar kuat, serta beberapa kali cubaan gagal. :p

TEKAN BUTANG

Stereng kuasa elektrik dan sonar menjadi ciri baharu yang membolehkan beberapa kereta moden masa kini memarkir sendiri. Antara pengeluar yang menawarkan ciri bantuan parkir ini ialah Ford. Lebih mudah dan relaks. Lihat video promo Ford di atas. Menarik jugakan?

SUMBER: RoadandTrack

apa nak buat autotainment Cara Parkir cara parkir sisi cara side parking formula parkir parkir selari tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.