Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Cara Muat Barang dalam But Kereta dengan Betul
Autotainment

#ApaNakBuat: Cara Muat Barang dalam But Kereta dengan Betul

Han OthmanBy Han Othman16/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGEMAS barang ke dalam but kereta kerap mengundang masalah. Kadangkala terpaksa pula beberapa kali keluar dan masukkan semula barang. Cara yang biasa dilakukan kebanyakan orang adalah sumbatkan saja semua barang sampai penuh but. Kemudian, baki barang yang tinggal diselit-selit di celahan beg.

Tetapi, sebenarnya ada cara lebih baik untuk memuatkan barang ke dalam but kereta dengan betul. Ya, cara begini bukan saja membantu menstabilkan kereta, tetapi juga mampu menjaga keadaan barang dibawa, terutama item mudah pecah.

Jom kita baca caranya:

BERGABUNG LEBIH BAIK

Kan senang bawa barang yang boleh dikongsi sekeluarga.

  • Berbincanglah dengan keluarga anda apa dibawa mereka dan cuba gabungkan apa yang boleh, terutama item boleh dikongsi. Misalnya, bawa satu beg dandanan untuk mengisi ubat gigi, sabun, syampu dan lain-lain. Tidak perlulah setiap orang membawa item yang sama.
  • Barang seperti papan atau konsol permainan, dan item kecil lain pula dimasukkan ke dalam satu kotak.
  • Setiap orang sepatutnya ada beg pakaian dalam saiz sama, walaupun wanita mungkin perlukan lebih ruang.

SEBELUM PEK

  • Kosongkan dan bersihkan but berserta dalaman kereta. Pastikan tiada barang lain selain objek sedia ada.
  • Apabila but kosong, periksa dahulu tayar simpanan dan pastikan dipam dengan tekanan angin yang betul. Ini termasuk kelengkapan lain seperti peralatan menukar tayar.
  • Kumpulkan semua bagasi untuk dipekkan bersama ke dalam but.

ITEM DALAM KOTAK

  • Masukkan item kecil mudah pecah atau patah (seperti gajet elektronik atau DVD) ke dalam kotak keras atau bekas plastik. Lapikkan dengan item kecil lembut seperti tuala atau bantal sebagai pelindung kotak itu. Cara begini juga memudahkan anda menyusun barang.

BAHAGI DAN TAKLUK

  • Bahagikan bagasi anda kepada empat ‘BARANG’:

#1 Barang kecemasan – kit pertolongan cemas dan lampu suluh.
#2 Barang lembut – bantal, selimut, jaket
#3 Barang yang perlu digunakan sepanjang perjalanan – pengecas fon, jam, sejadah
#4 Barang yang tidak digunakan sehingga tiba ke destinasi – barang kemas, barang jagaan diri, pakaian

MASUK DULU, KELUAR AKHIR

  • Masukkan Barang #4 dahulu. Muatkan seperti menyusun suai gambar (jigsaw puzzle) besar dengan memasukkan dahulu item paling besar, tebal dan berbentuk paling menonjol. Letakkan rapat di belakang kerusi bahagian tengah. Kemudian, pekkan barang segiempat seperti kotak dan beg pakaian, juga muatkan serapat mungkin di tengah belakang kerusi. Akhir sekali, barulah masukkan barang bersaiz sederhana.
  • Ulangi perkara sama untuk Barang #3 – paling besar, dan disusuli saiz sederhana.
  • Pek semua barang kecil daripada Barang #3 dan #4 di tepi but, manakala barang lembut (Barang #2) dimasukkan akhir sekali. Anda biasanya akan menggunakan baki ruang dengan menyumbat barang yang tinggal di celahan susunan beg.
  • Masukkan barang kecemasan (Barang #1) di tempat paling atas sebelah kanan yang mudah nampak dan dicapai sebaik saja anda buka pintu but.

APAKAH KAPASITI MUATAN KERETA ANDA?

Sedan menawarkan kapasiti but yang lebih luas berbanding model SUV atau hatchback. Bagaimanapun, SUV dan hatchback memiliki bukaan pintu but lebih luas dan terbuka.

Namun, seluas mana pun but kereta, anda berdepan masalah jika menyumbatnya dengan banyak barang berat melampau. Malah, kereta anda berisiko mengalami kerosakan akibat lebihan tekanan ke atas absorber, tayar dan sistem suspensi, termasuk menjejaskan pengendalian.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah memeriksa manual kereta untuk mengenalpasti maksimum berat muatan disyorkan. Jangan melebihi had tersebut! Sebelum mula mengepek, jangan lupa selaraskan tekanan tayar untuk beban berat muatan.

PERTARUNGAN BEG PAKAIAN

men-vs-women
Secara purata, lelaki membawa 40 item bagi percutian dua minggu. Sebaliknya, wanita memerlukan 150 item, lebih dua kali ganda berbanding kaum adam. Perbezaan ini sering mengundang perdebatan jantina mengenai perempuan yang terlalu mengambil banyak ruang dalam but.

Ini dibuktikan pula dengan kajian dilakukan gedung beli-belah Debenhams dan P&O Cruises di Britain yang mendedahkan:

  • Purata wanita hanya memakai satu pertiga daripada pakaian yang dipekkan semasa bercuti. Misalnya, daripada 150 barang, dia sebenarnya cuma memerlukan kira-kira 57 barang.
  • Wanita merancang ‘almari percutian’ mereka sebulan lebih awal dan mula mengepek kira-kira seminggu sebelum hari penting itu tiba. Sebaliknya, 90 peratus lelaki akan mengemas pakaian pada minit akhir dan 70 peratus daripadanya lupa beberapa item penting.
  • 56 peratus wanita bersiap sedia dengan item persalinan dalam bagasi tangan seperti baju, seluar dalam, pakaian mandi dan kasut, termasuk miniatur dandanan diri seperti minyak wangi dan deodoran.
  • Jika menaiki penerbangan, 29 peratus wanita perlu membayar caj lebih untuk muatan bagasi, dan separuh daripadanya menipu berat beg pakaian mereka kepada pasangan sebelum pergi ke lapangan terbang.

Rasanya sempena musim perayaan ini, tidak perlulah masing-masing saling bergaduh tentang beg siapa yang lebih besar dan makan ‘space’. Bukankah lebih elok saling berbincang untuk mengurangkan berat barang dengan membawa item-item yang boleh dikongsi bersama? Sharing is caring-kan? 😀

apanakbuat autotainment cara isi barang dalam but kereta tip isi barang dalam but kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.