Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bilakah Pad Brek Motosikal Perlu Ditukar?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bilakah Pad Brek Motosikal Perlu Ditukar?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIKAP mengabaikan penjagaan dan penyelenggaran brek boleh menyebabkan berlaku insiden tidak diingini dan antara paling ditakuti adalah kemalangan. Kata peribahasa, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Brek ialah sistem keselamatan yang sangat penting bagi kenderaan bermotor termasuk motosikal. Tidak kira seberapa pantas motosikal anda ditunggang, kehadiran brek membolehkan anda berhenti dengan selamat.

BACA >>> Bateriku, Emerald Auto Jalin Kerjasama Tawar Pad Brek Brembo Tulen!
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu

Jadi, bilakah kita perlu menukar pad brek? Secara teori, pad brek perlu ditukar setiap 32,000km untuk memastikan komponen itu kekal berfungsi dengan baik.

Jika tidak, anda sebenarnya sengaja meletakkan diri dalam risiko mengancam nyawa sendiri atau kerosakan motosikal. Soalannya, bilakah perlu menukar pad brek?

Jadual berkala menukar pad brek adalah bergantung kepada beberapa aspek tetapi ramai mengesyorkan dibuat setiap 32,000km.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pad Brek Skuter Boleh Haus Sebelah, atau Tidak Rata?

Pad brek boleh tahan lebih lama dalam situasi tunggangan normal selain bergantung kepada gaya atau cara membrek. Ada baiknya penunggang mengambil inisiatif menyimpan rekod penukaran brek atau kerja baik pulih sistem brek motosikal anda. Seeloknya, sila tukar apabila mengesan tahap ketebalan pad brek motosikal menipis 1mm atau 2mm, atau kurang daripada 1/8 inci.

Pad brek motosikal tiada jangka hayat khusus dan tidak semestinya jadi kurang efisien jika jarang digunakan, terutama jika motosikal itu jarang menunggang. Cuma, anda perlu buat pemeriksaan awal sebelum menunggang untuk memastikan komponen berada dalam kondisi terbaik.

Kenapa Perlu Tukar Pad Brek?

  • Memastikan sistem brek mampu berfungsi baik tanpa sebarang masalah.
  • Mengurangkan risiko kegagalan sistem brek yang boleh mengancam keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain.
  • Memberi keyakinan ketika menunggang laju, dan mencegah berlaku kemalangan.
  • Mengurangkan risiko berbelanja lebih besar untuk membaik pulih sistem brek seperti:
    • Rotor atau cakera brek calar atau jadi haus.
    • Haba tinggi boleh menyebabkan bendalik/minyak brek berkurangan.
    • Minyak brek atau rotor terjejas boleh menyebabkan kerosakan pada komponen kaliper.
Apa Berlaku Ketika Membrek

  • Pad brek mengandungi material geseran dalam bentuk kepingan lapisan logam dan dimuatkan ke dalam kaliper.
  • Rotor ialah logam bulat yang diikat pada rim dan berpusing (mengikut tayar) antara lapisan pad brek.
  • Material geseran pad brek dirumus untuk menukar momentum pergerakan menjadi haba dalam proses selamat.
  • Lapisan material geseran direka untuk haus bagi membantu memanjangkan jangka hayat rotor.
  • Jika semua material geseran pada pad brek haus dan tinggal lapisan logam. Geseran yang berlaku boleh mencalarkan rotor.
  • Geseran logam-logam akan menyebabkan penghasilan haba lebih tinggi dan tidak baik untuk minyak brek.
  • Haba panas boleh menyebabkan minyak brek mendidih, membentuk udara dalam mimnyak ketika mengembang, sekali gus menjejaskan daya membrek.
  • Haba panas geseran logam akan merosakkan komponen dalam kaliper yang terdiri daripada getah atau bahan boleh cair.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?
BACA >>> Brek Treler Masalah Punca 8 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil
BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

SUMBER: MotorcycleHabit

apa nak buat autotainmen Brake Pad Masa Tukar Pad Brek pad brek roda2 Sistem Henti Motosikal Tukar Pad Brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.