• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bateriku, Emerald Auto Jalin Kerjasama Tawar Pad Brek Brembo Tulen!

Bateriku, Emerald Auto Jalin Kerjasama Tawar Pad Brek Brembo Tulen!

August 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BATERIKU (M) Sdn Bhd (Bateriku.com) kini menawarkan komponen pad brek tulen Brembo selepas memeterai kerjasama dengan Emerald Auto (Emerald-Bremb0) yang menjadi pengedar rasmi jenama Brembo di Malaysia.

Tawaran pad brek Brembo itu adalah antara usaha Bateriku.com mengembangkan pilihan produk dan servis alat ganti automotif kepada pengguna.

BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?
BACA >>> Harga Barang Naik, Brembo Beri Bonus Sara Hidup RM4.5k kepada Semua Pekerja

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bateriku.com, Azarol Faizi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emerald Auto, Markz Lim.

Produk pad brek Brembo ditawarkan untuk lima model kenderaan: Proton, Perodua, Honda dan Toyota yang boleh dibuat menerusi premis terpilih Pitstop Bateriku di kawasan tertentu sebelum diperluas seluruh negara.

Buat masa ini, Bateriku.com memiliki kira-kira 140 kedai pitstop, termasuk pengusaha bengkel kenderaan dalam rangkaian ekosistem perniagaan syarikat pemula (start-up) itu.

BACA >>> Brembo GP4-MS - Kaliper Brek MotoGP Kini untuk Versi Atas Jalan

MANFAAT SEMUA PIHAK

Bateriku.com akan menawarkan produk pad brek Brembo yang dijual menerusi rangkaian premis Pitstop Bateriku, manakala kerja pemasangan dibuat di bengkel terpilih dalam ekosistem Bateriku.

Selain itu, Bateriku.com juga mendapat manfaat promosi dan keyakinan ramai kerana Brembo sudah seida dikenali sebagai jenama sistem brek lengkap terkemuka dunia. Tahukah anda, jenama sistem brek seperti AP Racing, AP, J.Juan, SBS dan ByBre juga berada di bawah Brembo?

Manfaat dinikmati Emerald-Brembo pula dalam bentuk juala produk pad brek Brembo tulen pada harga mampu milik yang dapat ditawarkan terus kepada sasaran pelanggan lebih meluas.

Markz berkata, kerjasama dengan Bateriku.com membolehkan pihaknya menawarkan rangkaian produk aftermarket berkualiti tinggi pada harga mesra poket kepada pemilik kenderaan Malaysia. Pelanggan Bateriku.com pula terselamat daripada risiko terbeli  produk tiruan.

Azarol berkata;

Sebagai permulaan, Bateriku akan memulakan tawaran menerusi 10 rangkaian Pitstop Bateriku di Lembah Klang, termasuk satu di Pantai Timur. Ini kerana kami perlu menguji dan mengumpul maklum balas dari ground (pasaran) dan trend.

“Ada Pitstop di bawah pihak Bateriku dan ada juga di bawah usahawan kami, termasuk bengkel rakan bisnes kami dalam ekosistem. Rakan kami sudah dikenal pasti yang boleh membuat pemasangan pad brek. Kami akan rujukkan pelanggan ke bengkel  berkenaan. Tujuannya supaya bengkel tersebut mendapat manfaat daripada kerjasama ini.”

BACA >>> Brembo Dedah Rahsia Kelasakan Pad Brek Karbon di MotoGP, Litar Le Mans
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022

PERBEZAAN HARGA?

Azarol mengakui ada perbezaan harga jika membeli menerusi Bateriku berbanding platform e-dagang untuk akaun rasmi Emerald-Brembo.

Sebenarnya jika dilihat pada harga di Lazada dan Shopee, harga bermula daripada murah hingga mahal. Ia tiada harga ditetapkan. Tetapi harga kami adalah berpatutan menerusi kerjasama dengan Emerald-Brembo. Pada masa sama, mereka (Emerald-Brembo) juga ada saluran menawarkan produk tersendiri.

“Kami lebih banyak menumpukan aspek nilai. Maksudnya, manfaat harga kena ada. Contoh, pelanggan boleh dapat diskaun harga untuk (pembelian) bateri dengan produk alat ganti (pad brek Brembo).”

Purata harga pad brek Brembo menerusi kerjasama dua pihak itu bermula serendah RM100 hingga RM160.

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Artikel Berkaitan

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Azarol Faizi, BATERIKU, Bateriku.com, Emerald Auto (Emerald-Bremb0), Honda, Markz Lim, Perodua, Pitstop Bateriku, Proton, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my