Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
Auto Terkini

#ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KARBURETOR adalah antara komponen utama dalam sistem pembakaran. Walaupun teknologi moden masa kini menawarkan sistem pembakaran jenis suntikan bahan api yang lebih moden, terutama kereta, tetapi banyak motosikal masih menggunakan karburetor.

Proses pembakaran dalam karburetor berlaku menerusi  campuran udara dan bahan api yang kemudian diteruskan dalam kebuk pembakaran.  Karburetor juga boleh terjejas jika ada kotoran yang boleh menyebabkan simptom seperti enjin tersengguk, semput dan sukar dihidupkan.

Jadi, karburetor perlu disenggara supaya sentiasa dapat bekerja dengan optimum. Bagaimanakah cara membersihkan karburetor?

BACA >>> #TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

1. TANGGALKAN KARBURETOR

Cabut karburetor daripada posisi enjin dengan menggunakan peralatan atau kelengkapan yang ada.

2. BUKA MANGKUK KARBURETOR DAN BERSIHKAN

Buka mangkuk karburetor. Perhatikan sama ada terdapat endapan, atau mungkin dicemari air.  Boleh bersihkan guna berus sebelum bilas dengan petrol.

3. TANGGALKAN ‘PILOT JET’

Tanggalkan jet pilot (pilot jet), jet utama dan jet jarum daripada karburetor. Cabutkan berhati-hati dan bersihkan dengan cara meniup. Lebih mudah gunakan gan pistol (atau kompresor angin) berbanding meniup secara manual.

4. BERSIHKAN JET JARUM KARBURATOR

Selepas tanggalkan jet pilot, termasuk jet utama dan jet jarum, bersihkan guna kompresor angin. Hati-hati ketika membersihkan jet jarum. Cukup gunakan berus yang dicelupkan petrol sebelum gunakan kompresor untuk bersihkan lubang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tetiba Orang Tahan Kereta, dan Cakap Ada Tunggakan Ansuran Bank

5. BERSIHKAN NAT KARBURATOR

Bahagian nat karburetor sangat mempengaruhi kerja enjin dan cukup penting untuk dibersihkan. Bersihkan dengan berhati-hati supaya tidak mengubah diameter. Jika tidak, motor sukar dihidupkan. Bersihkan nat guna kertas pasir halus dan bersihkan kotoran melekat.

6. PASANG SEMULA KARBURETOR

Pasang semula semua komponen karburetor yang dibersihkan tadi. Kemudian, pasangkan semula pada enjin dan jangan lupa laraskan semula tetapan campuran bahan api.

Langkah untuk membersihkan karburetor di atas agak mudah dan ringkas. Jadi anda tidak perlu pun ke bengkel untuk menyenggara komponen tersebut. Bagaimanapun, satu-satunya isu atau halangan yang mungkin anda hadapi untuk membersihkan karburetor ialah peralatan kompresor angin untuk menembak keluar kotoran atau air .

BACA >>> Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!

SUMBER: Suzuki.co.id| OtoFlix

apa nak buat apanakbuat autotainment autoterkini Cuci Karburetor DIY karburetor roda2 Senggara Motosikal Servis Motosikal tip motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.