Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Menarik di Karnival OMODA | JAECOO Malaysia 21-24 Ogos Ini?
Auto Terkini

Apa Menarik di Karnival OMODA | JAECOO Malaysia 21-24 Ogos Ini?

SyafieBy Syafie21/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

SEIRING peningkatan kesedaran dan minat pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu (NEV) dan teknologi elektrifikasi, OMODA | JAECOO Malaysia hari ini merasmikan Karnival OMODA | JAECOO di Desa ParkCity, Kuala Lumpur, bermula 21-24 Ogos ini.

Acara empat hari itu menjadi pameran teknologi dan gaya hidup pertama jenama tersebut di Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen OMODA | JAECOO dalam mendidik pengguna mengenai kelebihan mobiliti pintar dan mesra alam.

Pameran Teknologi, Gaya Hidup Pertama OMODA | JAECOO

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata;

Karnival OMODA | JAECOO menghimpunkan barisan kenderaan kami yang serba lengkap. Tambahan lagi, ia memaparkan prestasi dan inovasi setiap peringkat, direka untuk membawa keupayaan luar biasa dan inovasi yang mempelopori segmen.”

Sempena karnival itu, jenama berkenaan turut mempamerkan dua model baharu yang akan memasuki pasaran Malaysia seperti:

  • JAECOO J5: Digelar ‘Bintang Handalan Kegunaan Harian Kami’ yang sesuai untuk pemanduan praktikal dan berbaloi
  • OMODA C9 PHEV: Dikenali sebagai ‘Dibina dengan Kuasa Peneraju’ yang menjanjikan prestasi unggul dengan teknologi hibrid terkini.

Penghargaan Buat Pelanggan, Pendidikan Teknologi NEV

Emily berkata lagi;

Karnival ini adalah cara kami menghargai pelanggan setia sambil mengalukan pelanggan baharu ke dalam dunia kemewahan termampu. Pada masa sama, kami teruja mendidik orang ramai mengenai manfaat teknologi NEV generasi baharu.”

Makmal Pengalaman SHS, Tarikan Utama Karnival

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Antara tarikan utama ialah ruang interaktif Makmal Pengalaman SHS yang membolehkan pengunjung meneroka teknolofi hibrid Super Hybrid System (SHS) secara mendalam.

Melalui paparan teknologi, pembentangan berpandu, dan pameran interaktif, pengunjung dapat memahami bagaimana teknologi SHS menggabungkan kecekapan tenaga pintar, prestasi tinggi dan pemanduan mesra alam.

Teknologi SHS, Masa Depan Mobiliti OMODA | JAECOO

Trenkuasa hibrid SHS bakal menjadi teras kenderaan masa depan OMODA | JAECOO dengan menawarkan peralihan pintar antara kuasa elektrik dan petrol, sekali gus memastikan prestasi lancar, penggunaan bahan api optimum dan pengalaman pemanduan fleksibel mengikut kondisi jalan sebenar.

Sorotan Karnival OMODA | JAECOO

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL
Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL
Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Selain previu dua kenderaan itu, pengunjung juga boleh:

  • Meninjau barisan lengkap OMODA | JAECOO Malaysia
  • Mencuba sesi pandu uji untuk beberapa model popular seperti OMODA J7 dan JAECOO J8
  • Menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman
  • Membawa anak ke zon permainan kanak-kanak
  • Berehat di tempat menjamu selera terbuka
  • Melawati bazar kebudayaan, Pasar PingMing yang menawarkan:
    • Makanan tempatan lazat
    • Barangan buatan tangan
    • Seni pertukangan unik

Butiran Acara

  • Tarikh: 21-24 Ogos 2025
  • Lokasi: Ruang parkir kereta 3, Desa ParkCity, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
  • Sesi Pandu Uji: 10 pagi – 7 malam
  • Maklumat Lanjut: www.omodajaecoo.com.my

 

Karnival Omoda | Jaecoo Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) Omoda | Jaecoo Malaysia Super Hybrid System (SHS)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

JAECOO J5 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM102,000!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.