Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Anjing Kantoi Pandu Laju, Tuan Pula Kena Saman
Auto Terkini

Anjing Kantoi Pandu Laju, Tuan Pula Kena Saman

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPASUKAN polis di wilayah Trnava, Slovakia tergamam selepas kamera perangkap halaju memaparkan aksi seekor anjing berwarna coklat duduk di kerusi pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Skoda Kamiq yang dirakam memandu melebihi halaju dibenarkan.

Foto tular di media sosial menunjukkan ‘suspek anjing’ memandu SUV tersebut di satu jalan awam tanpa ditemani penumpang manusia di dalam.

Misteri terjawab selepas SUV dipandu anjing tersebut dipintas kereta peronda polis di perkampungan Sterusy kerana memandu melebihi had kelajuan 6kmj di laluan 50kmj.

Pemilik kenderaan kemudian dapat dikesan, iaitu seorang lelaki berumur 31 tahun yang mendakwa anjingnya tiba-tiba melompat atas ribanya ketika memandu. Bagaimanapun, rakaman video menunjukkan insiden itu tidak pernah berlaku.

Polis kemudian mengeluarkan saman ke atas pemilik SUV berkenaan atas kesalahan melanggar peraturan lalulintas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada saman dikeluarkan itu adalah disebabkan memandu melebihi halaju, atau pemilik cuai kerana gagal menjaga haiwan peliharaan dalam kenderaan bergerak.

Anggota polis Polícia SR Trnavský kraj dalam perkongsian di Facebook mengesahkan foto itu sebagai tulen dan bukan disunting.

SUMBER: CarScoops

anjing pandu kereta Anjing Pandu Laju Anjing Pandu SUV Auto Global Isu Keselamatan Jalan Raya Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pelik Polícia SR Trnavský kraj Roda4 Skoda Kamiq Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

    06/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

    06/04/2026
    PHEV

    Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.