Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Anda Dapat 5 Ciri Istimewa Ini Selepas Pasang Filem Cermin Konica Minolta ICE-μ
Autotainment

Anda Dapat 5 Ciri Istimewa Ini Selepas Pasang Filem Cermin Konica Minolta ICE-μ

Han OthmanBy Han Othman19/05/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KATA orang, alah membeli menang memakai. Sesiapa pun tidak dapat menafikan kebenaran pepatah tersebut. Apatah lagi kalau tengah seronok bercerita tentang perbezaan kualiti antara kasut berjenama original yang mahal dan kasut berjenama Uptown (baca: tiruan) yang murah. Banyak bezanya.

Tetapi, apabila bersembang pula tentang filem gelap atau tinted berharga mahal, kita tiba-tiba terus jadi skeptikal dan ragu-ragu. Kita mudah beranggapan semua filem cermin sama saja. Menurut andaian kita, kalau filem cermin itu sudah gelap, sudah tentulah tidak panas walaupun fakta tersebut sebenarnya tidak betul pun.

Segalanya berubah selepas kami diberikan peluang mencuba kualiti filem cermin berstatus premium pada kereta projek kami – Perodua Myvi (2007) – berjenama Konica Minolta ICE-μ sejak tiga bulan lalu. Sekarang kami akan senaraikan 5 ciri istimewa yang anda dapat selepas memasang filem cermin berjenama terkenal ini: 

1. KESAN BAHANG & TERIK DIMINIMUMKAN

Inilah perbezaan sebenar antara filem mahal dan murah. Logik yang mengatakan filem gelap akan membuatkan kereta tidak berbahang dan terik adalah tidak betul. Filem yang gelap cuma mengurangkan tahap kecerahan dan meredupkan pandangan, tetapi langsung tidak mampu meredakan kesan bahang dan terik matahari.

Berbeza filem cermin Konica Minolta ICE-μ kerana partikel Ultra Nano yang terdapat dalam filem ini mampu menghalang lebih 95 peratus cahaya inframerah (IR) dan bahang matahari, termasuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV).

Bukanlah langsung tidak panas, tetapi kesan perlindungan daripada bahang dan terik memang mengagumkan. Apatah lagi filem asal pada cermin kereta projek kami ini memang sudah lama hilang kesan perlindungannya. Maklumlah, kereta sudah berusia 10 tahun. Sebenarnya, pada tahun kelima, kesan gelap pada filem asal cermin kereta ini sudah pun menipis hingga kelihatan seperti sebuah kereta yang tidak pernah memasang apa-apa tinted.

Jadi, apabila dipasang filem baru – Konica Minolta ICE-μ – kesan perlindungan cukup terasa. Tidak ubah seperti seseorang yang biasa berkipas angin di rumah, tiba-tiba diberikan penyaman udara!

2. TEPATI STANDARD JPJ

Selain mengurangkan bahang dan terik matahari, antara sebab utama memasang filem gelap ialah meredupkan pandangan dan mengurangkan kesau silau (atau biasan, pantulan). Perkara ini sangat penting bagi pemandu di Malaysia memandangkan negara kita beriklim tropika dan apabila matahari sudah terpacak di kepala, memang boleh berpinar mata dibuatnya.

Inilah keunikan Konica Minolta ICE-μ, di mana warna filem ini tidaklah melampau gelap seperti filem keselamatan lain. Peratusan tembus cahaya filem pula diakui menepati standard ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Malah, kami sendiri ditunjukkan kadar peratusan tembus cahaya menggunakan satu peranti khas.

Mungkin bagi sesetengah pemandu, filem ini tidak nampak cool kerana tidak cukup gelap, tetapi kami bukan ahli kongsi gelap, berpenyakit kulit atau samseng buruan ramai. Lagipun kami belum cukup kaya untuk bayar kompaun JPJ dan Polis tanpa rasa susah hati.

3. TIADA GANGGUAN ISYARAT

Perkara ini agak teknikal. Bagi filem kenderaan murah, anda mungkin tidak berdepan masalah ini. Tetapi kekurangannya, kereta anda tidak bagus dalam meminimumkan kesan bahang, terik dan silau.

Sesetengah filem cermin kenderaan berjenama mahal mampu mengatasi masalah sebegini. Cuma kekurangannya, anda berdepan pula gangguan isyarat komunikasi elektronik daripada peranti seperti Smart Tag, telefon pintar dan alat navigasi (GPS) kerana penggunaan material filem jenis metalik yang berbias.

Bagaimanapun, dengan Konica Minolta ICE-μ, anda bebas daripada sebarang ganggungan isyarat elektronik dan boleh menggunakan peranti-peranti komunikasi dengan tenang selagi ada rangkaian di satu-satu kawasan.

4. SUKAR DIPECAHKAN

Ini ialah satu lagi ciri penting filem Konica Minolta ICE-μ, iaitu perlindungan keselamatan tinggi akibat pecah tanpa mengira punca insiden, sama ada berpunca daripada kes kemalangan ataupun jenayah yang tidak diundang.

Walaupun kami tidaklah sampai kepada tahap melakukan ujian memecahkan cermin yang dipasang filem berkenaan, tetapi jaminan keselamatan yang dimaklumkan sudah cukup membuatkan hati kami tenang memandu ke mana-mana. Kata sumber lagi, filem Konica Minolta ICE-μ menggunakan teknologi salutan gelung-ke-gelung (roll-to-roll) berkejituan tinggi, dan dengan salutan banyak rol serentak, pengeluaran filem dapat dilakukan pantas yang seiring kualiti yang konsisten serta stabil.

Perlu diingatkan, kenyataan di atas bukanlah bermaksud cermin kereta anda langsung tidak boleh ataupun kebal daripada dipecahkan. Bezanya, kualiti yang tersemat dalam filem Konica Minolta ICE-μ mampu menyusahkan kerja-kerja jahat si penjenayah.

5. LUAR NAMPAK GELAP, DALAM CERAH

Seperti dimaklumkan, filem Konica Minolta ICE-μ yang digunakan adalah mengikut standard maksimum JPJ bagi had tembus cahaya setiap posisi cermin – depan, tingkap depan dan tingkap belakang, serta cermin belakang. Jadi, filem yang dipasang pada kereta projek kami ini memiliki tahap kecerahan atau tembus cahaya yang berbeza setiap sisi. Cermin depan paling cerah dan diikuti tingkap depan, manakala tingkap belakang pula sedikit gelap dan cermin belakang pula adalah paling gelap.

Uniknya, sebaik saja duduk dalam kereta, tahap kecerahan berlainan bagi setiap posisi cermin itu langsung tidak nampak perbezaan, di mana tahap kejelasan pandangan adalah sama. Kejelasan memandang cermin belakang menerusi cermin padang belakang adalah sama seperti memandang cermin depan.


Seandainya berminat mahu mencuba filem Konica Minolta ICE-μ pada harga bermula RM1,500 dan ke atas, atau boleh hubungi saja pengedar tunggal produk itu, Jasa Sarjana Sdn Bhd yang berlokasi di Glenmarie, Shah Alam yang juga satu-satunya premis pemasangan jenama itu di Malaysia. Memang rare! Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, hubungi 03-5569 2230 untuk mengajukannya.

GALERI

aksesori filem gelap filem kenderaan filem Konica Minolta ICE-μ Konica Minolta Teknologi ICE-μ tinted
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

2 Comments

  1. Kamaroo on 19/05/2017 12:06

    Berapa jumlah kerugian psg tu

    Reply
    • AO on 19/05/2017 13:11

      Sudah update range harga dalam artikel.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.