Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akui Salah Pandu Kereta Tanpa Lesen, Haqiem Stopa Kesal Foto Saman Jadi Viral
Auto Terkini

Akui Salah Pandu Kereta Tanpa Lesen, Haqiem Stopa Kesal Foto Saman Jadi Viral

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HAQIEM Stopa tampil mengakui kesalahan memandu kereta tanpa lesen dan kini menanggung kesan akibat perbuatannya.

Sejak semalam, media sosial dipenuhi berita mengenai seorang ‘influencer’ yang dikenakan saman polis gara-gara memandu tanpa memiliki lesen.

BACA >>> Haqiem Stopa Kena Saman Memandu Tanpa Lesen
BACA >>> Haqiem Stopa: “Nak G Buat Lesen Byee!!!”

Berkongsi kisah kepada Harian Metro, pemuda berumur 22 tahun itu menyatakan dia ditahan ketika memandu kereta dan bukannya disaman kerana tiada tiada lesen motosikal.

Jelasnya, hanya satu notis saman bernilai RM600 dikeluarkan untuk dua kesalahan dan bukannya tinggi seperti didakwa beberapa netizen.

BACA >>> JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?

Haqiem berkata:

“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

“Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah.”

BACA >>> JPJ, Polis Nafi Beri Diskaun Saman 50 Peratus!

SIAPA VIRAL FOTO SAMAN?

Apa yang membuatkan Haqiem kesal ialah foto dengan notis saman yang memaparkan peribadinya jadi tular.

Kata Haqiem:

“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.

“Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.

“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.

“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan.”

Jelas pemuda itu, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes itu setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ibu bapa.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Haqiem menyatakan:

“Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah.

“Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.

“Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti.

“Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana.”

BACA >>> Kronologi Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif dan Sukan Permotoran
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> Polis Siasat Mat Rempit Superbike Buat Wheelie, Tunggang Lebih 285kmj

SUMBER: Harian Metro

autoterkini Haqiem Stopa Ikon Permotoran Negara mat rempit Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Kehadiran PDRM di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.