Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AirAsia Tawar Tambang Tetap ke Sarawak, Sabah Sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri
Auto Terkini

AirAsia Tawar Tambang Tetap ke Sarawak, Sabah Sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri

SyafieBy Syafie12/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pesawat AirAsia

AIRASIA menawarkan tiket penerbangan tambang tetap pada kadar RM328 ke Sarawak dan RM398 (Sabah) bagi laluan sehala dari Kuala Lumpur, sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang mampu milik, selain menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses ketika permintaan memuncak musim perayaan.

Menurut Loke, usaha tambang tetap itu mencerminkan peranan berterusan AirAsia dalam menyokong inisiatif kerajaan bagi mengurus lonjakan permintaan perjalanan, khususnya bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Saya gembira melihat peranan berterusan AirAsia dalam menyokong usaha Kerajaan menguruskan permintaan perjalanan ketika musim perayaan melalui inisiatif seperti tambang tetap yang memberikan keyakinan kepada lebih ramai pengembara ketika merancang perjalanan pulang mereka, terutama mereka yang melakukan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Sabah serta Sarawak.

“Tambang tetap ini bertujuan memberi kepastian kepada rakyat Malaysia ketika merancang perjalanan sempena perayaan dan menyokong penyatuan keluarga sempena sambutan hari yang amat bermakna,” katanya.

Lebih 31,000 Tempat Duduk Disediakan

Sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, inisiatif tambang tetap ini akan melibatkan 1,578 penerbangan, dengan penyediaan lebih 31,000 tempat duduk secara keseluruhan.

Bagi sambutan Tahun Baharu Cina, tempahan tiket dibuka bermula hari ini hingga 24 Februari 2026, untuk tempoh perjalanan antara 13 hingga 24 Februari 2026.

Sementara itu, tempahan bagi Aidilfitri turut dibuka bermula hari ini hingga 26 Mac 2026, dengan tempoh perjalanan ditetapkan antara 18 hingga 26 Mac 2026.

Baucar FLYSiswa RM400 Diteruskan

Dalam perkembangan berkaitan, Loke berkata, Kerajaan kekal komited membantu pelajar menerusi program FLYSiswa, yang menawarkan baucar perjalanan bernilai RM400 bagi meringankan kos penerbangan antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.

Inisiatif FLYSiswa untuk tahun ini akan dilaksanakan pada minggu depan,” katanya.

Karnival FLYSiswa 2026 pada 13 Januari

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan akan menganjurkan Karnival FLYSiswa 2026 pada 13 Januari 2026 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut Kementerian, pelajar yang layak akan menerima baucar digital RM400 dalam bentuk kredit simpanan, yang boleh digunakan bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sama ada sehala atau dua hala bersama syarikat penerbangan tempatan termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.

SUMBER: AstroAwani

AirAsia Auto Terkini Hari Raya Aidiladha 2026 Kementerian Pengangkutan (MOT) Tahun Baharu Cina 2026
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.