• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini Rupa Proton Saga (2019) Facelift Nanti?

Adakah Ini Rupa Proton Saga (2019) Facelift Nanti?

June 15, 2019 By Azhan O 7 Comments

9.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA ramai yang sudah tahu pasal ura-ura Proton Saga versi dipertingkat (facelift) akan dilancarkan tahun ini. Ini dikuatkan dengan pendedahan beberapa foto intip model itu dalam rupa kamoflaj yang sedang dipandu uji.

Maklumat dan imej terbaharu ini kami peroleh daripada laman Facebook TheAjerul yang menurut sumbernya, Saga (2019) facelift akan dibekalkan unit transmisi baharu buatan Hyundai PowerTech, menggantikan kotak gear CVT lama, Punch.

Rekabentuk luaran paling menonjol dan menawan ialah bampar depan dengan lampu siang (DRL) LED, dan gril bercirikan konsep 'Infinite Weave', yang kali pertama diperkenalkan pada X70, sebelum disusuli Iriz dan Persona. Rekabentuk belakang juga berubah, terutama pada bahagian bawah bampar. Dia juga memaklumkan model sedan mini itu akan ada ventilator udara sisi. Ala-ala kereta sport.

BACA >>> Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

Ruang dalaman pula dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh jenis apung, diletakkan atas ventilator penyaman udara yang posisinya direndahkan sedikit berbanding model sekarang. Di bawahnya disediakan ruang utiliti yang boleh digunakan untuk meletakkan telefon pintar atau barang kecil lain.

Panel meter juga berubah, menggunakan jenis paparan multiinfo (MID) seperti Exora (2019), tetapi bukan warna penuh seperti Iriz atau Persona. Tombol gear seperti varian Executive Persona (2019).

Kalau mahu gambaran lebih jelas, kenalah tengok lakaran grafik TheAjerul di bawah ini. Apapun, ini cuma gambaran imaginasi kreatif tentang bagaimana rupa luaran dan dalam Saga (2019) facelift nanti. Jadi jangan emosional sangat ok! Katanya akan dilancarkan bulan depan. Betul ke ni?

BACA >>> Biar Betul? Harga Proton Saga Sekarang Hanya RM29k?

Related

9.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: lakaran grafik, Proton, Proton Holdings Bhd, Proton Saga, Proton Saga (2019) Facelift, proton saga 2019, rendering, Roda4, Sedan Mini, Sedan Segmen-A, the ajerul

Comments

  1. Kung Gim Leng says

    June 16, 2019 at 10:46 AM

    I am thinking of buying a Saga now. Should I wait?
    I already have a Exora, Pesona and Saga FLX..
    Loyal Proton customer

    Reply
    • AO says

      June 16, 2019 at 5:36 PM

      Ya, why not

      Reply
  2. alif says

    June 16, 2019 at 6:35 PM

    smart keyless tk de ker

    Reply
  3. Ang Jia Hao says

    June 16, 2019 at 6:56 PM

    Ang

    Reply
    • Jilan says

      June 20, 2019 at 7:24 PM

      Hi time they design new car all together,, tis facelifts r bullshiting,, boring.. how to go forward?? Wake up proton!@@

      Reply
  4. JJ says

    July 25, 2019 at 6:30 PM

    Wondering when will it be launch normally?

    Reply
    • ABG GYL says

      July 26, 2019 at 3:26 PM

      Est Aug 2019

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev