Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk
Auto Terkini

Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk

FarahBy Farah05/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELUARGA kepada pemandu treler yang meninggal dunia akibat serangan jantung baru-baru ini meluahkan rasa terkilan dan sedih atas fitnah dilemparkan terhadap arwah, Ahmad Sukri Abd Samad.

Menurut adik arwah Mohd Azmi Abd Samad, 37, fitnah itu membuatkan arwah tidak sempat diselamatkan kerana menurut apa dimaklumkan kakaknya, ada beberapa individu di lokasi kejadian sebenarnya mahu membantu arwah, tetapi tidak jadi berbuat demikian selepas dituduh mabuk.

Mohd Azmi berkata;

Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.”

Menurutnya, ketika di hospital selepas dimaklumkan mengenai insiden kira-kira jam 12 tengah hari itu, kakaknya Rosilawati Abd Samad, 47, ada memberitahu mengenai video tersebut, tetapi perakam video enggan menunjukkan kepada mereka atas pelbagai alasan.

Namun, rakaman itu terdedah selepas video tersebut tular sejak pagi semalam.

Bagaimanapun, ada rakan sekerja arwah memaklumkan video berkenaan tular pagi semalam dan hanya ketika itu saya melihat isi kandungan video terbabit termasuk dakwaan individu yang mendakwa abang memandu dalam keadaan mabuk.

“Selepas video itu tular, saya ada membaca komen di media sosial mengenai insiden itu selepas punca kemalangan terbabit dijelaskan dan boleh dikatakan kebanyakannya (komen) mendoakan arwah abang, namun ada juga komen yang menyalahkan dia.

“Ada komen yang mengecam arwah dengan menyatakan jika sudah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan kerana tindakannya boleh meragut lima nyawa yang lagi penting daripada hanya nyawa dia seorang.

“Saya yakin jika abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kesakitan dilaluinya ketika itu,” kata Mohd Azmi.

Susulan itu, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga untuk membuat laporan polis terhadap penyebar video, termasuk individu yang memfitnah, dan komen kecaman di media sosial supaya dapat dijadikan pengajaran kepada semua.

Mohd Azmi turut mengakui kehilangan abangnya sangat dirasai keluarga dan arwah selama ini membantu menyara kakak dan empat anak dari segi kewangan selepas kematian abang iparnya pada 2017. Arwah yang masih bujang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.

Semalam, tular klip video seorang pemandu treler tercungap menahan kesakitan selepas kenderaan dipandunya itu melanggar tiga buah kereta di Sungai Buloh, Selangor. Dalam video itu turut kedengaran suara perakam wanita yang menuduh pemandu treler itu mabuk.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan menjelaskan arwah sebenarnya mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di hospital.

BACA >>> Drebar Treler Sakit Jantung: Tidak Tahu Siapa Rakam, Cuma Muat Naik Video WhatsApp
BACA >>> Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung

SUMBER: HMetro

drebar treler keluarga pemandu lori pemandu lori sakit jantung Sakit Jantung
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Aerotrain KLIA kembali operasi 1 Julai 2025
    Auto Terkini

    Sambungan KLIA Terminal 1, 2 Dijangka Bermula Tahun Ini

    07/04/2026
    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.