• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Acura TLX (2021) Diperkenal, Bakal Dipasarkan Musim Luruh Ini

Acura TLX (2021) Diperkenal, Bakal Dipasarkan Musim Luruh Ini

June 8, 2020 By AI Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACURA TLX (2020) rasmi diperkenalkan secara global menerusi dua pilihan varian Standard dan Type S (prestasi tinggi) yang mendapat kemas kini khas menerusi rekabentuk unik dan enjin berbeza.

acura-tlx-2021-8
acura-tlx-2021-9

Fasia depan hingga belakang Type S lebih sporty dan jika ditelitikan, Honda memilih lampu depan LED yang tajam dan nipis yang digabungkan dengan lampu siang (DRL) LED. Kemudian bahagian ambilan depan pula lebih lebar dengan gril pentagon berlian (membezakan Type S dan Standard) bagi menambahbaik penyejukan udara .

acura-tlx-2021-11
acura-tlx-2021-type-s-2

Bahagian anjur (overhang) depan dan belakang lebih tajam dan tidak terlalu panjang. Bahagian belakang berubah radikal dengan lampu smoke dan tambahan spoiler hitam. Tidak ketinggalan, Acura dipasangkan difuser belakang bersama ekzos kuad dan disempurnakan dengan antena sirip yu.

BACA >>> Acura Type S Concept - Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé

Bahagian roda menggunakan rim aluminium jejari Y atau multi-jejari 20 inci. Sistem suspensi disokong komponen sport dan brek Brembo. Bagaimanapun, Honda hanya mendedahkan imej kabin Type S yang menggunakan kerusi sport kulit asli warna hitam dan merah buatan Milan.

Turut tersedia adalah skrin paparan multi-info (MID) 7 inci dengan spesifikasi meter analog. Di tengah papan pemuka terpampang unit infotainment denga sistem navigasi 10.2 inci bersama akses butang kawalan lain seperti penyaman udara.

TLX Standard dijana enjin 4-silinder 2.0L Turbo berkuasa 272hp dan tork 379Nm dengan transmisi automatik 10-kelajuan teknologi sekuensial SportShift.

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

Teknolgo SH AWD mengagihkan 70 peratus tork ke roda belakang.

Sistem pemanduan standard dalam pacuan roda depan (FWD), tetapi Honda turut menawarkan opsyen teknologi pacuan semua roda, dipanggil SH-AWD (SH - Super Handling) untuk hantaran tork enjin 70 peratus ke roda belakang untuk enjin V6.

TLX Type S menggunakan enjin 3.0L V6 Turbo dengan prestasi ditambah baik, tetapi tiada maklumat terperinci didedahkan. Difahamkan TLX bakal berada di pasaran pada musim luruh ini untuk varian Standard, manakala Type S ditunda hingga musim bunga 2021.

BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

GALERI
acura-tlx-2021-type-s-1
acura-tlx-2021-type-s-3
acura-tlx-2021-type-s-2
acura-tlx-2021-type-s-4
Honda Acura TLX_5
Honda Acura TLX_10
Honda Acura TLX_9
acura-tlx-2021-7
Honda Acura TLX_2
acura-tlx-2021-2
Honda Acura TLX_6
acura-tlx-2021-5
acura-tlx-2021-6
acura-tlx-2021-1
Honda Acura TLX_12
acura-tlx-2021-8
acura-tlx-2021-9
acura-tlx-2021-10
acura-tlx-2021-11
Honda Acura TLX_11
Honda Acura TLX_13
acura-tlx-2021-mid
Honda Acura TLX_1
acura-tlx-2021-gear-console
acura-tlx-2021-type-s-seat
acura-tlx-2021-3
acura-tlx-2021-4

SUMBER: Creative311

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura, Acura TLX, Acura TLX Standard, Acura TLX Type S, Honda, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my