• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Acosta Juara Moto3 2021, Bintang Baharu MotoGP Bakal Menyinar

Acosta Juara Moto3 2021, Bintang Baharu MotoGP Bakal Menyinar

November 8, 2021 By Wahid Leave a Comment

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROOKIE sensasi, Pedro Acosta (Red Bull KTM Ajo) sah menjadi juara Moto3 musim 2021.

Pelumba Sepanyol itu tiba di GP Algarve di litar Portimao, Portugal dengan kelebihan 21 mata di hadapan pencabar terdekat, Dennis Foggia (Leopard Racing), dengan hanya tinggal baki satu pusingan sahaja untuk merebut 50 mata maksimum.

Foggia dikatakan berpeluang cerah memintas Acosta sebagai calon juara berdasarkan kemenangan tiga daripada empat pusingan sebelum ini selain menduduki posisi grid pole dalam beberapa perlumbaan lalu.

BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

Namun,  perlumbaan itu akhirnya menjadi seperti perlumbaan di GP Misano lalu apabila Acosta mendudukki posisi ke-14, manakala Foggia mendapat bermula dari petak mula. pole position. Sebaik saja perlumbaan bermula, Acosta meluru pantas memintas beberapa pelumba dan terus mendudukki posisi lima teratas, manakala Acosta berada dalam kelompok pelumba depan.

BACA >>> Marquez Cedera Lagi, Tarik Diri GP Portugal

Akhirnya Acosta berjaya memintas semua pelumba untuk berada di depan ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan lagi. Namun, dia dipintas pula rakan pasukan, Jaume Masia yang sedikit sebanyak mengganggu tumpuan Acosta yang menyebabkan dia dipintas ramai pelumba hingga tergelincir ke tempat keenam.

Ketika itu, bermulalah detik mencemaskan kerana semua pelumba bertindak agresif untuk merampas kedudukan masing-masing.

Apapun, Acosta kekal di depan semula pada dua lap terakhir dan dikejar rapat Foggia. Malangnya, Foggia dilanggar Darryn Binder dan tersingkir daripada perlumbaan. Acosta kini menjarakkan masa besar di depan dengan menamatkan perlumbaan  sebagai juara dunia Moto3 2021.

Tempat kedua dan ketiga diraih Andrea Migno dan Niccolo Antonelli. Binder pula, yang bakal menjadi rookie MotoGP musim depan bersama RNF MotoGP Racing, menamarkan perlumbaan di tempat keempat, tetapi disingkirkan kerana menunggang secara tidak berhemah.

Acosta, 17, akan menunggang dalam kelas Moto2 musim depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Artikel Berkaitan

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Portugal, Juara Moto3 2021, MotoGP 2021, MotoGP Portimao, Pedro Acosta, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my