KATANA kini mula dieksport ke luar Jepun, dan seperti kita semua tahu, model ikonik itu baru saja tiba ke pasaran tempatan. Namun, lain pula di negara asalnya, portal permotoran Jepun, YoungMachine (YM) mendakwa Suzuki sedang mempersiapkan Katana kustom versi pengeluaran.
Kata kuncinya ialah Sepahan, iaitu tawaran komponen berasingan seperti hendal, tangki lebih besar dan pemegang nombor plat. Menurut portal Jepun itu lagi, pembangunan komponen kustom Katana itu sedang dibuat dan sebelum ini memang sudah ada beberapa model kustom Katana dipamerkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) November tahun lalu, dan model paling menyerlah digelar Rizoma.
BACA >>> Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?
MASIH BENTUK KONSEP
Pada peringkat ini model itu masih dalam bentuk konsep, tetapi dibezakan dengan hendal lebih rendah. Bagaimanapun, hendal Katana baharu tidak boleh diletakkan bawah jambatan atas hendal kerana bentuk seperti kowl, tetapi nampaknya hendal paip normal diasingkan dan bahagian mount dijadikan lebih rendah, manakala mufler mengunakan khidmat Akrapovic.
Bahagian tangki minyak juga ditingkatkan daripada 12 liter kepada 18 liter. Jika benar, ini berita gembira kepada peminat touring! Memang ada kedengaran suara yang mahukan kemas kini ke atas skrin pengadang angin dan belakang kerana terlalu kompak.
Buat masa ini masih tiada lagi bayangan Katana versi kustom, tetapi YM menyatakan masa diperlukan untuk mendapatkan maklumat lengkap. Sebagai permulaan seperti biasa dilakukan, YM mengeluarkan imej janaan komputer (CG) Katana versi kustom.
BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?
BACA >>> Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV
Leave a Reply