• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Kluger (2020) - SUV 7 Kerusi Saiz Pertengahan dengan Enjin 3.5L V6

Toyota Kluger (2020) - SUV 7 Kerusi Saiz Pertengahan dengan Enjin 3.5L V6

April 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM barisan produk kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota, pengguna Asean sudah biasa dengan RAV4 dan Land Cruiser. Sebenarnya ada satu lagi SUV yang tidak kurang hebat, iaitu Highlander atau nama lainnya Kluger.

Kluger mula diperkenalkan pada 2000 dan dipasarkan di pasaran khusus seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, China dan Australia. Kluger bermaksud seseorang yang pintar, diambil daripada perkataan Jerman. Awalnya, ia menggunakan platform Toyota Camry dan antara SUV saiz pertengahan terawal menggunakan platform kereta penumpang.

Selepas hampir dua dekad di pasaran, Toyota memperkenalkan Kluger (2020) generasi keempat pada Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019, April lalu.

BACA >>> Toyota RAV4 (2019) Bakal Perkenal Enjin Petrol dan Hibrid

REKABENTUK BAHARU, KEKAL TRADISI

Toyota Kluger.08
Toyota Kluger.05
Toyota Kluger.06

Kluger (2020) tampil dengan rekabentuk baharu, tetapi masih mengekalkan gaya tradisi, iaitu besar dan lasak serta kini diadun elemen sporty menerusi suntikan pengaruh RAV4.

Luaran tampak dramatik dengan ukuran badan 60mm lebih panjang menampakkan ia sebuah SUV yang gagah. Malah, Toyota buat kali pertama memasangkan rim 20 inci untuk model jenama itu. Ruang dalaman SUV tiga baris tempat duduk itu kini lebih mewah menerusi penggunaan material lembut bagi mewujudkan suasana premium.

Ukuran badan lebih besar memberikan fungsi kabin lebih praktikal dengan tambahan ruang kargo, manakala  ukuran gelungsur 30mm pada tempat duduk baris kedua memberikan ekstra ruang kaki untuk penumpang baris ketiga.

BACA >>> Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) - Edisi Khas Rai 60 Tahun Atas Planet Bumi

CIRI UTAMA TOYOTA KLUGER (2020) BAHARU:

  • Dibina atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA-K).
  • Dijana enjin petrol 3.5L V6 berkuasa 295hp dengan sistem suntikan D-4S, dan dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Dilengkapi pakej keselamatan Toyota Safety Sense sebagai ciri standard, terdiri daripada sistem prapelanggaran dengan pengesan pejalan kaki, kawalan jelajah semua kelajuan, bantuan pengecaman laluan, amaran tukar lorong (LDW)  dengan bantuan stereng, lampu suluh tinggi automatik (HBA) dan bantuan papan tanda jalan.
  • Ciri standard lain ialah kamera undur, bantuan mula daki (HSA) dan kawalan oleng (sway).
  • Sistem pacuan mekanikal AWD boleh mengagihkan kuasa tujahan hingga 50 peratus kepada roda belakang bagi mengelak masalah gelinciran jika perlu. Varian AWD turut dilengkapi kawalan bantuan turun bukit (HDA).
  • Ciri aerodinamik baharu memberikan lebih kestabilan dan juga kabin lebih senyap.
  • Dilengkapi paparan skrin sentuh 12.3 inci, terbesar dalam kelas.

Di Australia, Kluger sudah dijual melebihi 170,000 unit, termasuk mencatatkan prestasi jualan terbaik tahun lalu, 14,743 unit, sekali gus menjadikan ia model 2WD/AWD paling laris dalam segmen SUV besar.

Kluger (2020) baharu akan dilancarkan di AS dahulu dengan nama Highander sebelum diperkenalkan di beberapa pasaran utama lain.

BACA >>> UMW Toyota Perkenal C-HR Facelift dengan Pilihan Aerokit TRD

GALERI

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyota, Toyota Highlander, Toyota Kluger, Toyota Safety Sense

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev