• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / UMW Toyota Perkenal C-HR Facelift dengan Pilihan Aerokit TRD

UMW Toyota Perkenal C-HR Facelift dengan Pilihan Aerokit TRD

January 23, 2019 By Azhan O Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor memperkenalkan C-HR versi dipertingkat yang tampil dengan rekaan rim aloi dua tona 17 inci dan kemasan perak pada bampar depan dan belakang.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu kini boleh ditempat di semua cawangan sah Toyota seluruh negara pada harga bermula RM150,000 dan penghantaran bermula Februari nanti.

BACA >>> Toyota C-HR Kini di Malaysia, 50 Unit Pertama Diserahkan Kepada Pemilik

Warna baharu turut diperkenalkan, Radiant Green Metallic (hijau) dengan bumbung hitam sebagai tambahan kepada pilihan warna sedia ada, iaitu White Pearl (putih), Metal Stream Metallic (kelabu), Attitude Black Mica (hitam), Red Mica with Black Roof (merah), dan Blue Metallic with Black Roof (biru).

AEROKIT TRD

toyota-chr-2019-malaysia-5
toyota-chr-2019-malaysia-3

Menariknya, UMW Toyota Motor juga menawarkan kit badan eksklusif, aerokit TRD, terdiri daripada gerbang roda, spliter depan dan belakang dengan kemasan perak metalik untuk lebih penampilan sporty. Ruang kabin pula menerima paparan skrin sentuh 6.75 inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

C-HR (2019) kekal dikuasakan enjin 2ZR-FBE 1.8L berkuasa 138hp dan tork 171Nm yang dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan Super ECT dengan ciri Shiftmatic untuk hantaran lancar dan berprestasi selain  menawarkan penjimatan bahan api. Pemandu boleh memilih tiga mod pemanduan: ECO, NORMAL dan SPORT.

BACA >>> Fasha Sandha Jadi Pemilik Pertama Toyota C-HR Warna Biru

Asas platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) membolehkan C-HR menawarkan pakej keselamatan lengkap kepada pembeli seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Pantauan Titik Buta (BSM), Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Menurut UMW Toyota Motor, lebih 4,000 unit C-HR terjual sepanjang tahun lalu.

Artikel Berkaitan

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak, toyota CH-R, Toyota CH-R (2019), Toyota CH-R Facelift (2019), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my