• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Proace City, Van Komersial Kompak Hasil Kerjasama dengan Groupe PSA

Toyota Proace City, Van Komersial Kompak Hasil Kerjasama dengan Groupe PSA

April 21, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN tempat untuk van komersial nampaknya meriah dengan pelbagai jenama buatan Jepun dan China. Antara model mempunyai reputasi baik ialah Toyota Hiace yang bukan saja di pasaran tempatan tetapi juga peringkat serantau.

Terbaharu Toyota memperkenalkan Proace  City di Pameran Kenderaan Komersial (CVS) 2019 di Birmingham, Britain. Berbeza Hiace dan Proace, model terbaharu ini berada dalam segmen van kompak dan bakal mengukuhkan barisan kenderaan komersial ringan (LCV) Toyota di Eropah.

Menariknya, walaupun Toyota lebih daripada mampu, Proace City sebenarnya ialah hasil projek kerjasama dengan Groupe PSA. Van ini dibangunkan atas platform EMP2 yang turut digunakan Peugeot Partner, Vauxhall Combo dan Citroën Berlingo.

Proace City akan menyertai model lain seperti Proace saiz sederhana dan Hilux dalam meluaskan pasaran LCV Toyota. Pasaran ini begitu besar untuk diabaikan dengan pertumbuhan hingga 900,000 unit menjelang 2021.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

Proace, yang dilancarkan pada 2016, sedang menghampir lima peratus pegangan dalam pasaran van saiz sederhana dan bakal mencecah jualan 30,000 unit di Eropah, tahun ini. Proace juga hasil kerjasama dengan Groupe PSA.

CIRI TOYOTA PROACE CITY

  • Dua saiz berbeza: 4.4 meter dan 4.7 meter.
  • Kedua-dua model boleh dipesan dengan konfigurasi tiga kerusi depan, van panel atau cermin.
  • Versi panjang boleh dipesan dengan kabin penumpang (kru).
  • Versi penumpang boleh dipesan dengan 5 atau 7 kerusi.
  • Saiz muatan versi pendek, ialah 3.3 meter padu (m3) dan 4.3m3 untuk versi panjang.
  • Isi muatan maksimum ialah 1 tan dengan keupayaan tunda hingga 1.5 tan.
  • Dua pilihan enjin: petrol dan diesel yang boleh dipadankan dengan transmisi manual 5- atau 6-kelajuan, dan automatik 8-kelajuan.
  • Dilengkapi ciri keselamatan standard hebat seperti Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA), Amaran Tukar Lorong (LDA), Kawalan Jelajah dengan Amaran Kopi supaya pemandu berhenti rehat.
  • Ciri keselamatan lain yang boleh dipilih ialah Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Amaran Oleng, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).
  • Turut canggih dengan paparan dongak (HUD), pengecas telefon wayarles, parkir brek elektronik (EPB) dan bumbung panorama (versi penumpang), kamera belakang 180º dan sistem bantuan parkir.
  • Ada 4 mod pemanduan: Normal, Snow (salji), Sand (pasir) dan All-Terrain (semua rupa bumi).

Kepada yang berminat dan tertanya, adakah Proace City bakal masuk pasaran tempatan? Sukar menjawabnya kerana segmen van kompak sudah diisi Daihatsu GrandMax yang juga ahli kumpulan Toyota.

BACA >>> Toyota GT86 dengan Aneka Grafik Retro, Imbau Era Gemilang Sukan Permotoran

GALERI

TOYOTA PROACE CITY

Toyota PROACE CITY01
Toyota PROACE CITY02
Toyota PROACE CITY03
Toyota PROACE CITY04
Toyota PROACE CITY05
Toyota PROACE CITY06
Toyota PROACE CITY08
Toyota PROACE CITY09

TOYOTA PROACE CITY VERSO

Toyota PROACE CITY VERSO.01
Toyota PROACE CITY VERSO.02
Toyota PROACE CITY VERSO.03
Toyota PROACE CITY VERSO.04
Toyota PROACE CITY VERSO.05
Toyota PROACE CITY VERSO.06
Toyota PROACE CITY VERSO.07

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Proace City, Roda4, Toyota, Toyota ProAce, Toyota PROACE CITY, Toyota PROACE CITY VERSO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev