• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sumber: 'Pelekat Lori Kebal' Bukan Pulau Pinang Saja, Satu Malaysia Guna Cara Sama

Sumber: 'Pelekat Lori Kebal' Bukan Pulau Pinang Saja, Satu Malaysia Guna Cara Sama

April 18, 2019 By Han Othman 2 Comments

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU lori dilaporkan menggunakan pelekat khas untuk mengelak lori dipandu mereka ditahan anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menurut HMetro.

Menurut sumber, pemandu lori sesebuah syarikat tertentu akan diarahkan memasang  pelekat pada kepala lori supaya mudah dicam pegawai bertugas dari jauh. Jadi, lori tersebut bebas dipandu sepanjang masa tanpa perlu bimbang ditahan di jalan raya.

BACA >>> Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!

“Setiap lori dikenakan bayaran RM100-RM200 sehari. Namun, ada juga anggota dan pegawai JPJ mengenakan bayaran tetap antara RM10,000-RM30,000 sebulan bergantung jumlah lori dimiliki syarikat itu.

“Dengan adanya pelekat itu, pemilik lori tidak lagi bimbang kenderaannya ditahan ataupun diperiksa walaupun muatan dibawa melebihi had ditetapkan,” kata sumber tersebut.

Sumber turut mendakwa setiap pemilik syarikat akan memasang pelekat berbeza. Misalnya, syarikat A akan gunakan pelekat Bunga, manakala syarikat B guna pelekat berhuruf Z. Jika lori itu tiada pelekat, pemandu akan ditahan dan diperiksa anggota JPJ.

Lebih mengejutkan, sumber mendedahkan yang modus operandi sama turut digunakan semua syarikat pemilik lori
seluruh negara.

“Bukan di Pulau Pinang saja, semua negeri guna kaedah sama,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan sebahagian besar anggota penguat kuasa JPJ di Pulau Pinang dikesan mengutip wang rasuah daripada pemilik syarikat lori untuk diberi kepada pegawai atasan mereka bagi tujuan berhibur.

BACA >>> PUSPAKOM Terima Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah

Sumber berkata lagi, wang rasuah diterima itu dipercayai digunakan untuk aktiviti hiburan pegawai kanan JPJ.

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Lori Kebal, Rasuah, Skandal Lori Kebal

Comments

  1. Y15 ku di Tapau says

    April 23, 2019 at 3:08 PM

    huh...lama tau dah...dah naik boroi perut anggota jpj la ni

    Reply
    • mazlum says

      April 29, 2019 at 1:13 AM

      kami anggota bawahan ditekan. diugut dengan bermacam ancaman jika enggan melepaskan mereka. hampir seluruh saluran telah digunakan tapi mereka kebal daripada tindakan undang2.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my