• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

#MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

April 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Suzuki, Alex Rins menjadi juara GP Amerika, yang  juga kali pertama dikecapinya sejak debut ke kelas MotoGP pada 2017. Lebih manis, kemenangan di Circuit of the Americas (COTA), Austin itu ialah kejayaan pertama Suzuki sebagai juara sejak 2016.

Segalanya jadi lebih indah buat Rins apabila adinda, Marc Marquez tergolek bersama jenteranya ketika sedang mendahului lawan di belakang sejauh 3.6 saat, sekali gus memusnahkan harapan untuk bergelar juara COTA sebanyak tujuh kali berturut-turut.

BACA >>> Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)

One of the coolest trophies of the season! 😎

We think @Rins42 will treasure this one for quite some time! 🏆#AmericasGP 🇺🇸 pic.twitter.com/wQEljnrpxd

— MotoGP™ 🇺🇸 (@MotoGP) 14 April 2019

ROSSI, RINS BERSAING SENGIT

Insiden menimpa Marquez membuka peluang kepada kekanda disayangi, Valentino Rossi  mengambil alih teraju pelumba paling depan sebelum dipintas Rins ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Jack Miller (Pramac Ducati) melengkapkan pentas podium di kedudukan ketiga, juga podium pertama dimenangi pelumba Australia itu sejak bersama Ducati, musim lalu. Malah, kali terakhir beliau naik podium ialah pada 2016 ketika bersama pasukan satelit Honda (Marc VDS Racing Team) sebagai juara GP Belanda.

Malang juga buat pasukan Respol Honda apabila rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo turut terpaksa meninggalkan trek berikutan masalah teknikal jentera yang dilaporkan berpunca daripada rantai pacu. Hmm...

Pasukan negara Petronas Yamaha SRT nyata membanggakan apabila pelumba taruhannya, Franco Morbidelli meraih kedudukan kelima, manakala rakannya, Fabio Quartararo, juga rookie musim ini, menamatkan aksi di tempat ketujuh.

BACA >>> Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

Beralih kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin aka Pescao (Red Bull KTM Tech3), kekal bergelut dengan jentera apabila mengakhiri pusingan ketiga MotoGP 2019 ini di tempat terakhir, ke-18 dengan beza 10 saat di belakang Joan Mir (Suzuki Ecstar).

Rakannya, Miguel Oliveira pula di kedudukan ke-14, satu tempat di belakang pelumba pengilang Red Bull KTM Factory, Johann Zarco. Mujurlah seorang lagi pelumba pengilang KTM, Pol Espargaro mengubati hati pasukan itu dengan meraih tempat ke-8.

KEPUTUSAN GP AMERIKA 2019

  1. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 45.499s
  2. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 45.961s
  3. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) 41m 53.953s
  4. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 54.919s
  5. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 3.520s
  6. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 42m 6.975s
  7. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 11.610s
  8. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 15.242s
  9. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* 42m 16.107s
  10. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 42m 16.510s
  11. Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 19.576s
  12. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 20.278s
  13. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 27.957s
  14. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 29.771s
  15. Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18) 42m 30.122s
  16. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) 42m 30.239s
  17. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* 42m 33.562s
  18. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 53.182s
  • Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
  • Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF

* Rookie 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, Circuit of The Americas (COTA), GP Amerika, Marc Marquez, MotoGP 2019, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev