• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR650R dan CB650R Kini di Malaysia, Harga Bermula RM43k

Honda CBR650R dan CB650R Kini di Malaysia, Harga Bermula RM43k

April 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) melancarkan dua model serba baharu CBR650R dan CB650R ke pasaran tempatan pada Malaysia Autoshow 2019. Jika mahu melihat model itu lebih dekat, jangan lepaskan peluang kunjungi reruai BSH di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini, 11 April hingga Ahad nanti.

HONDA CBR650R

Sekali pandang, Honda CBR650R (2019) mirip abang besar, CBR1000RR Fireblade dengan rekabentuk tajam dan agresif yang membuatkan sportbike itu tampak sporty dan ditambah pula bahagian belakang pendek dan dwi lampu depan LED.

Menggantikan versi F sebelumnya, CBR650R (2019) lebih ringan 6kg berbanding CBR650F dengan ergonomik tunggangan sporty yang mana bahagian bar hendal diposisikan semula 30mm ke depan dan peg kaki diletak sedikit ke belakang dan ditinggikan, manakala  ketinggian pelana kekal 810mm.

BACA >>> #EICMA2018: Selamat Tinggal F, Honda Definisikan Semula CBR650R (2019)

Antara kemas kini dilakukan ialah had rev dinaikkan lebih tinggi, tambahan kuasa puncak 5 peratus, dan peningkatan lekuk tork dan tangki. Keseluruhan, peningkatan 8 peratus bagi nisbah kuasa kepada berat sudah cukup memberikan rasa berbeza untuk tunggangan atas jalan.

Ciri terkini CBR650R ialah fork berasingan Showa 41mm boleh laras (SFF), fork terbalik (USD), kaliper brek depan 4-piston, Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) dan klac anti gelinciri, Assist & Slipper (A&S). Paparan instrumen LCD memaparkan posisi gear dan indikator anjakan gear serta signal henti kecemasan (ESS).

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

Didatangkan dalam pilihan warna merah dan hitam metalik, CBR650R (2019) dijual pada harga RM45,499. 

HONDA CB650R

Pengenalan CB650R (2019) melengkapkan pilihan barisan model CB di Malaysia. Dari segi rekabentuk, sportbike boleh dianggap versi miniatur untuk CB1000R yang mewarisi gaya Neo Cafe dengan rupa retro moden berbanding siri CB terdahulu.

BACA >>> Vietnam Bawa Masuk Honda CB650R dari Thailand, RM43k Sahaja

Walaupun separuh harga lebih murah daripada CB1000R, tetapi sekilas pandang, CB650R (2019) ini nampak sangat mirip dengan abang CB itu dan hampir pasti mengundang jelingan ramai. Sportbike ini  turut dipasangkan suspensi fork terbalik (USD) Showa SFF jenis prabeban di depan dan damper boleh laras untuk traksi maksimum.

CB650R dijana enjin 16 injap 649cc DOHC berkuasa 93.8hp @ 12,000rpm dan tork 64Nm @ 8,500rpm. Menurut Honda, blok enjin dipertingkat untuk mengurangkan geseran tork pada kitaran 5,500rpm yang memberikan 5 peratus prestasi apabila mencapai rev 10,000rpm.

Prestasi tambahan itu dapat dicapai menerusi kemas kini ambilan dan ekzos, aci pemasaan dan nisbah mampatan baharu. Tidak dilupakan ciri khas seperti Kawalan Tork Pilihan Honda (HSTC) untuk memaksimumkan traksi roda belakang, termasuk ciri klac anti gelincir, Assist & Slipper (A&S) dua hala untuk anjakan gear lebih lancar.

BACA >>> Honda CB650R (2019), Sang Naked yang Lebih Agresif dengan Konsep Neo Retro

Ditawarkan dalam warna merah dan hitam, harga jualan CB650R (2019) ialah RM43,499. 

GALERI

HONDA CBR650R

HONDA CB650R

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CB650R, Honda CBR650R (2019), Honda Neo Cafe Racer, Honda Neo Café Racer CB1000 Malaysia, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my