• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Konsep Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Akan Ditayangkan di EICMA 2019

Model Konsep Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Akan Ditayangkan di EICMA 2019

April 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMUNCULAN model konsep Aprilia RS 660 nyata menarik perhatian pengunjung Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 lalu. Terbaharu, pengeluar motosikal dari Itali itu dilaporkan merancang versi pengeluaran akhir sportbike middleweight tersebut tahun ini, juga dalam acara sama, iaitu EICMA 2019.

Rancangan baharu Aprilia itu didedahkan jurucakap Piaggio Group ketika ditanya tentang masa depan RS 660. Menurutnya, model itu kini sedang dalam proses pembangunan dan jika semua berjalan lancar mengikut perancangan, tiada alasan untuk tidak melancarkan model itu menjelang 2020.

BACA >>> Aprilia RSV4 X Versi Trek Edisi Terhad yang Lebih Laju, Cuma 10 Unit Berkuasa 225hp!

"Pada EICMA akan datang di Milan, ia akan ditayangkan dalam versi final," katanya.

Ketika ditayangkan dulu, model konsep RS 660 dikuasakan enjin 660cc Parallel Twin yang dibangunkan daripada enjin V4 signatur pengeluar itu. Trenkuasa itu akan dibangunkan berasaskan frem RS 660 yang ringan, manakala rekabentuk enjin dipilih untuk kecekapan dan kekompakan.

Pengeluar motosikal dunia masa kini sedang cuba membangunkan jentera bersesaran kecil sebagai pilihan baharu yang lebih mampu milik dan mudah ditunggang. Jadi model baharu Aprilia nanti juga tidak mengabaikan trend tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada versi final RS 660 melepasi homologasi perlumbaan.

BACA >>> Aprilia Shiver 900 (2019)- Sport Naked Bukan Konvensional Kini di Malaysia, RM72k Sahaja

Selepas ditayangkan pada EICMA 2019, RS 660 dijangka di pasaran pada 2020.

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia, aprilia gpr150, Aprilia RS660 Concept, roda2, sportbike, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my