• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2019: Marquez Selesa di Argentina, Rossi Raih Podium Pertama

#MotoGP2019: Marquez Selesa di Argentina, Rossi Raih Podium Pertama

April 1, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


ADINDA Marc Marquez (Repsol Honda) sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang untuk merangkul kejuaraan dalam GP Argentina dengan mendahului lawan di belakang, kekanda Valentino Rossi (Monster Yamaha) dan Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati) yang saling bersaing hebat sesama sendiri.

Tempat kedua akhirnya menjadi milik Rossi, manakala Dovizioso terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.

Marquez yang bermula di petak pertama langsung tidak menoleh ke belakang dengan menjarakkan diri sejauh-jauhnya dari pesaing di belakang, sekali gus menebus kekecewaan yang dialaminya di litar sama, setahun lalu. Jadi, saingan di Argentina lebih bertumpu kepada perebutan tempat kedua dan ketiga antara Rossi dan Dovizioso dalam usaha mengekalkan posisi terbaik selain cuba memanjangkan jangka hayat tayar.

BACA >>> #2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas

5 PELUMBA GAGAL TAMAT SAINGAN

Seorang lagi pelumba Ducati, Jack Miller (Alma Pramac) menunjukkan aksi menakjubkan apabila berjaya memintas kedudukan keempat Alex Rins (Ecstar Suzuki), yang juga tidak kurang hebat apabila bangkit daripada posisi ke-16 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-5.

Sementara itu, saingan sengit antara pelumba Petronas Yamaha, Franco Morbidelli dan Maverick Vinales (Monster Yamaha) pula berakhir dengan kedua-dua pelumba itu tersungkur atas trek. Pelumba lain yang turut terkandas ialah Joan Mir (Ecstar Suzuki), Tito Rabat (Reale Avintia Ducati), dan Karel Abraham (Reale Avintia Ducati).

Mengisi kedudukan ke-6 hingga 10 ialah Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati), Takaaki Nakagami (LCR Honda), Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), Aleix Espargaro (Aprilia Gresini) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory).

BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

Pelumba negara Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech3) pula beriringan dengan bekas rakan pasukan lama, Johann Zarco (Red Bull KTM Factory) di tempat ke 15 dan 16, dan mujurlah ada Andrea Iannone (Factory Aprilia Gresini) di belakang sebagai pelumba terakhir menamatkan perlumbaan.

KEPUTUSAN GP ARGENTINA 2019

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 43.688s
  2. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 53.504s
  3. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 54.218s
  4. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) 41m 55.828s
  5. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 56.251s
  6. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 57.438s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 42m 1.848s
  8. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 4.091s
  9. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 8.980s
  10. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 9.367s
  11. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 9.543s
  12. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) 42m 11.185s
  13. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 42m 15.086s
  14. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* 42m 16.581s
  15. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 17.060s
  16. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 19.233s
  17. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 21.926s
  • Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* DNF
  • Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18) DNF
  • Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) DNF

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Andrea Doviziosi, GP Argentina, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev