• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik

Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik

March 30, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada kurang berkenan dengan cermin sisi asal motor kerana nampak terlalu besar atau lebar yang dirasakan kurang cantik, dan kurang selesa menyelit di tengah trafik padat. Atas alasan itu sesetengah penunggang memilih memasang cermin sisi bersaiz kecil.

Namun, tahukah anda, tindakan menukar cermin sisi asal versi pengeluar adalah tidak disarankan kerana menghilangkan fungsi asas komponen itu sendiri. Faktanya, cermin sisi standard direka sesuai dengan spesifikasi motosikal tersebut.

cermin sisi motor_4
cermin sisi motor_7

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Tindakan Segera untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal

Ini kerana kedudukan tunggangan setiap motosikal tidak sama. Ada yang duduk menegak, dan ada posisi badan sedikit menunduk. Lebar setiap hendal pun tidak sama dan cermin sisi ada sudut miring yang sudah ditetapkan supaya mudah dilihat penunggang.

ADA SEBAB KENAPA CERMIN SISI LEBAR

Contoh, jika cermin sisi memiliki lebar 15 sentimeter kemudian diganti dengan lebarnya hanya 10 sentimeter, ini akan mengehadkan pandangan belakang penunggang atau tidak dapat dilihat sama langsung. Cuma tangan penunggang saja yang mungkin tertangkap oleh pantulan kaca cermin sisi.

cermin sisi motor_3
cermin sisi motor_1
cermin sisi motor_5

Cermin sisi standard pengeluar juga sangat bermanfaat ketika menyelit dalam lalu lintas padat. Ini kerana kebanyakan rekabentuk cermin sisi asal adalah lebih lebar daripada hendal. Jadi, jika ingin menunggang di celahan kenderaan yang bergerak, anda sebenarnya masih boleh menganggarkan jarak dan ruang hendal menggunakan cermin sisi.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Pantas Bagaimana Membonceng Sportbike dengan Betul

Cermin sisi juga antara alat keselamatan penting kerana risiko menunggang lebih besar berbanding memandu. Caranya, anda perlu sentiasa memantau keadaan lalu lintas di belakang menggunakan dua cermin sisi di hendal. Apabila cermin sengaja dikecilkan, anda sebenarnya mengurangkan tahap keselamatan diri sendiri.

SUMBER: Suzuki.co.id]

Related

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, cermin sisi, Cermin Sisi Motosikal, Side Mirror, tanpa cermin sisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev