• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Pula Lancar Honda CBR 150R, Harga Bermula RM11,800!

Thailand Pula Lancar Honda CBR 150R, Harga Bermula RM11,800!

March 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

15.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS tersiar foto brosur, Honda Thailand melancarkan CBR 150R (2019) serba baharu pada harga bermula 92,000 baht (RM11,800). Thailand ialah negara Asean kedua menerima masuk model sportbike aras mula itu.

CBR 150R versi Thailand didatangkan dalam dua varian, Standard dan ABS, dan dalam empat pilihan warna, iaitu:

  • Black (hitam) - 92,000 baht (RM11,800)
  • Blue-Black (biru gelap) - 92,000 baht (RM11,800)
  • Red-Black (ABS) (merah) - 94,000 baht (RM12,100)
  • Orange-White (ABS) (Repsol) - 94,000 baht (RM12,100)

Antara perubahan ditampilkan CBR 150R (2019) serba baharu versi Thailand ini ialah rekaan grafik segar dan visor pengadang angin lebih tinggi dan lampu lebih tirus. Sistem brek menggunakan brek cakera petal di depan dan belakang, manakala sistem suspensi depan dan belakang boleh dilaraskan.

Sportbike ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal DOHC 149.16cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api dan transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 16.8hp @ 9,000rpm dan 14.4Nm @ 7,000rpm.

BACA >>> Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! - Indonesia Sahaja

Ciri menarik lain yang ada pada CBR 150R (2019) serba baharu ialah panel meter digital LCD penuh berwarna, opsyen keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan turut dilengkapkan fungsi Signal Henti Kecemasan (ESS). Kapasiti tangki ialah 12 liter, manakala pelana pembonceng turut disediakan.

GALERI

SUMBER: APHonda.Thailand

Related

15.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR 150R, honda cbr 150r 2019, Honda CBR 150R Facelift, Honda Thailand, roda2, sportbike, Sportbike Aras Mula, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev