• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

March 27, 2019 By Han Othman 1 Comment

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam ditunjukkan model kereta terbang yang diberikan nama 'Vector' di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), sempena LIMA 2019 di Langkawi, Kedah.

Model 'air mobility' itu dilaporkan dibangunkan syarikat kejuruteraan dan rekabentuk tempatan, Aerodyne Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian integrasi berasaskan dron. Vector itu dikatakan akan  menjadi penanda aras kepada pembangunan aerocar, atau istilah muda, 'kereta terbang'.

Perdana Menteri meluangkan masa 10 minit di Pavilion MED (A170) yang turut menempatkan 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang pembuatan industri aeroangkasa. Pendedahan itu turut menjawab segala persoalan mengenai kenyataan diuarkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, bulan lalu, tentang prototaip kereta terbang yang menurut beliau sudah pun siap dibina dan bersedia dipamerkan.

BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

KOMEN KAMI

Apa yang melucukan, model 'Vector' ditunjukkan tersebut jauh sekali seperti apa dibayangkan kami, dan kami rasa ramai pembaca pun terkejut sambil tersenyum apabila melihatnya. Apa yang kami bayangkan ialah prototaip sebenar yang boleh diterbangkan, ataupun prototaip skala sebenar (1:1) seperti model konsep yang biasa ditayangkan di Pameran Auto.

Malangnya, model tersebut lebih kepada bentuk miniatur, seperti pemaju perumahan menunjukkan contoh rumah kepada bakal pembeli di kompleks beli-belah.

Lebih menghairankan, Mohd Redzuan sebelum ini mendakwa kos pembuatan prototaip tersebut bernilai AS$300,000 (RM1.23 juta), dan ia bukan nilai yang sedikit. Persoalannya, adakah tersilap titik perpuluhan? Adakah nilai sebenarnya cuma RM123 atau RM1,230? Ataupun prototaip itu baru peringkat teaser atau mock-up (mungkin ya)?

BACA >>> Kereta Terbang Ada Kaitan Subsidiari Aeronautik di Bawah Geely? Adakah Proton Terlibat?

Mengenai rekabentuk pula, kami berpendapat model Vector itu semacam tidak praktikal dan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan model konsep kereta terbang yang pernah dipamerkan pengeluar luar negara (lihat gambar bawah). Jadi, sukacita kami menasihatkan supaya elok saja pihak MED ambil pendirian berdiam diri saja tentang kereta terbang. Tidak perlulah dikecohkan dan digembar-gemburkan lagi. 

kereta-terbang-1
kereta-terbang-2
kereta-terbang-3
kereta-terbang-4
kereta-terbang-5

Related

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerodyne Sdn Bhd, Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Kereta Terbang Vector, LIMA 2019, prototaip, Prototaip Kereta Terbang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Vector

Comments

  1. Mark_L says

    March 28, 2019 at 11:24 PM

    Menteri kereta terbang mampu menjuarai Maharaja Lawak Megaaaaaaaa...pisyo!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev