• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Tawar Insentif £3k Setahun Jika Serah Kereta dan Pilih Naik Pengangkutan Awam

UK Tawar Insentif £3k Setahun Jika Serah Kereta dan Pilih Naik Pengangkutan Awam

March 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Britain menawarkan insentif £3,000 (RM15,900) kepada pemandu yang suka rela menyerahkan kenderaan mereka dan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam di bawah pelan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

Percubaan yang mendapat dana Kerajaan itu memerlukan rakyat menyerahkan kenderaan masing-masing sebagai syarat mendapat bayaran antara £2,000-£3,000 (RM10,600-RM15,900) sebagai insentif menggunakan pengangkutan awam, kereta elektrik sewa, dan skim perkongsian basikal, lapor Times.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

Bayaran akan dimasukkan secara kredit dalam kad  travel atau aplikasi telefon pintar, dan boleh digunakan untuk pelbagai alternatif pengangkutan lain yang lebih mesra alam.

GERAN KERAJAAN

bas-coventry-england-3
bas-coventry-england-1
bas-coventry-england-2

Insentif diperkenalkan itu ialah sebahagian daripada geran bernilai £20 juta (RM106 juta), yang dilancarkan di Coventry, England dan kemudian diperluas seluruh West Midlands, mewakili 12 kounsil sebelum dikembangkan lagi jika menunjukkan hasil positif.

Sepanjang tempoh percubaan, lebih 100 pemandu dijangka menyerahkan kenderaan buat sementara untuk menguji sejauh mana insentif diberikan itu mampu menyakinkan orang ramai untuk menukar mod pengangkutan masing-masing. Jika skim itu diluaskan seluruh negara, insentif awal akan diperoleh daripada wang pembayar cukai  sebelum dana jangka panjang diraih daripada firma swasta seperti kelab kereta elektrik, syarikat bas dan operator tren.

Data awal mendedahkan masalah kos kesesakan di Britain menelan belanja bernilai £7.9 bilion (RM42.1 bilion) pada 2018, iaitu purata £1,317 (RM7,000) setiap pemandu.

BACA >>> Hyundai Dedah Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam Korea, Boleh Dipandu Sejauh 290km [KL - Bukit Merah]

Ketua Pengangkutan dan Inovasi di Majlis Bandaraya Coventry, John Seddon berkata, percubaan tersebut ialah variasi daripada skim skrap yang diperkenalkan masa lalu.

Bagaimanapun, ada beberapa kumpulan mempertikaikan keberkesanan skim tersebut. Kumpulan undang-undang alam sekitar, ClientEarth, Andrea Lee mendakwa skim dilakukan itu memerlukan tindakan besar di peringkat kebangsaan.

SUMBER: AutoExpress

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Coventry, Geran Kerajaan, Insentif Pengangkutan Awam, Pelan Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas dan Pencemaran Udara, pengangkutan awam, Subsidi, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev