• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Sportage China', Kia KX5 (2019) Lancar dengan Wajah Baharu yang Lebih Serius

'Sportage China', Kia KX5 (2019) Lancar dengan Wajah Baharu yang Lebih Serius

March 26, 2019 By Han Othman Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA melancarkan KX5 (aka Sportage facelift) untuk pasaran China menerusi kerjasama dengan pengeluar tempatan Dongfeng Yueda. Perbezaan ketara antara Sportage versi Malaysia dan KX5 (2019) ialah rupa depan yang direka semula sepenuhnya dengan lampu utama tirus (yang kini menjadi trend di China) dan gril jejaring silang.

Ada berpendapat rupa baharu itu agak konservatif berbanding rekabentuk sedia ada, tetapi sesetengah peminat mendakwa penampilan baharu kali ini lebih menarik. Perubahan bahagian badan lain pula sangat minimum hingga sukar dibezakan dengan versi Malaysia (juga di Eropah dan Amerika).

BACA >>> Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia - Harga RM129,888

Lihat perbezaan antara kedua-dua model itu dalam foto di bawah:

Kia Sportage
Kia KX5

Lagi perubahan ditampilkan KX5 (2019) ialah rekabentuk papan pemuka baharu dengan ciri dan teknologi moden seperti paparan instrumen digital 7 inci, dan sistem infotainment 10.25 inci. Tetapan penyaman udara klimat dikawal menerusi panel sentuh tanpa sebarang butang fizikal.

Ada dua varian enjin ditawarkan: 4-silinder 1.6L pengecasturbo T-GDI berkuasa 174hp, dan tork 2675Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, dan 4-silinder 2.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 162hp dan tork 203Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

Menurut Dongfeng Yueda Kia, KX5 (2019) kini lebih senyap berbanding versi terdahulu menerusi penggunaan material pengedap bunyi berlapis pada kabin. Turut disediakan ialah sistem aktif seperti sistem kawalan suara pintar, pengecas wayarles, kamera 360º dan lain-lain.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: China, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia KX5 (2019), Kia Sportage, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev