• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brosur Honda CBR 150R Thailand Bocor, Adakah Malaysia Bakal Menyusul Tahun Ini?

Brosur Honda CBR 150R Thailand Bocor, Adakah Malaysia Bakal Menyusul Tahun Ini?

March 25, 2019 By Aryon 4 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI baru saja dapat kiriman foto bocor, brosur Honda CBR 150R serba baharu dari Thailand yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Penampilan kali ini nampak cukup bergaya dengan mengambil ilham rekabentuk baharu siri CBR yang dapat dilihat pada lampu utama tirus, lekuk fairing dan ekor serta bentuk mufler. Namun sistem suspensi depan tidak menggunakan jenis fork terbalik (USD). Bagaimanapun kekurangan itu digantikan dengan ciri boleh laras pada sistem suspensi depan dan belakang.

BACA >>> Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu

Perubahan lain CBR 150R (2019) dapat dilihat ialah brek cakera jenis petal di depan dan belakang, rim aluminium tempa dengan jejari tipis dan meter digital LCD penuh. Sistem brek dibekalkan ciri ABS, manakala bahagian ekzos diberikan pelindung kevlar pada mufler.

BILAKAH MASUK MALAYSIA?

Sportbike ini menampilkan dwi pelana terpisah yang nampak lebih empuk berbanding model lama. Juga ada fungsi Signal Henti Kecemasan (ESS). Spesifikasi didedahkan susah difahami kerana bertulisan Thailand, tetapi berdasarkan pemerhatian, tiada angka kuasa didedahkan.

Ada empat pilihan warna CBR 150R (2019) ditawarkan iaitu: Mat Gunpowder Black Metallic (hitam), Mat Jeans Blue Metallic (biru gelap), AP Honda Racing Thailand (ABS) (merah) dan Repsol Honda (ABS) (jingga).

Indonesia sudah, Thailand pun sudah. Adakah ini petanda awal yang Boon Siew Honda (BSH) juga akan membawa masuk sportbike aras mula itu ke pasaran Malaysia, tahun ini?

BACA >>> Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! - Indonesia Sahaja

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Brosur, Honda, Honda AP Thailand, Honda CBR 150R, roda2, sportbike, Sportbike Aras Mula

Comments

  1. Mohd Redzuan Othman says

    May 4, 2019 at 4:43 PM

    Saya sangat meminati moto ni. Saya telah berulang kali memohon supaya Boon Siew Honda Malaysia segera lancarkan moto ini di Malaysia. Diharap yang lain turut sama join saya ingin memiliki moto ini

    Reply
  2. Zaki says

    January 10, 2020 at 1:17 PM

    Menarik..berminat dengan motor ini.adakan ia akan masuk Malaysia? Mohon Honda Malaysia bawa masuk motor ini.boleh pergi jauh👍

    Reply
  3. askar hantu says

    March 24, 2020 at 5:03 PM

    ya la kan..kalau xmasuk,sapa lagi yang nk lawan yamaha r15?
    boon siew honda sila atur gerak langkah mu...

    Reply
  4. Roslan says

    May 24, 2021 at 11:08 AM

    Harap Boon siew bawak masuk cbr 150 baru ne saya ada plan nak beli

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev