• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bos KTM: RC16 Akan Kekal dengan Casis Trellis dan Suspensi WP!

Bos KTM: RC16 Akan Kekal dengan Casis Trellis dan Suspensi WP!

March 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BOS Red Bull KTM Factory berkata, pasukannya akan terus mengekalkan keunikan RC16 kerana jentera itu saja yang menggunakan casis trelis dan suspensi WP dalam kejuaraan MotoGP.

Red Bull KTM Factory Racing kali pertama menyertai perlumbaan MotoGP pada 2017 dengan mempertaruhkan jentera RC16 yang dibangunkan sejak 2014. Walaupun sudah banyak musim berlalu dan mencuba pelbagai konfigurasi enjin, bermula screamer, bigbang, V4, hingga aci engkol putar lawan (counter-rotating), tetapi ada dua ciri KTM RC16 yang kekal sama, iaitu casis dan suspensi.

BACA >>> Debut di Austria, KTM RC16 Sedia Cabar MotoGP 2017

Apabila ditanya kenapa tidak menggantikan struktur RC16 seperti pesaing lain, Bos KTM, Pit Beirer berkata, jentera KTM akan tetap unik dengan casis trellis dan suspensi WP yang dibangunkan KTM-Husqvarna.

"Ini bukan pilihan, kami bekerja sejauh ini dengan komponen hasil pembangunan sendiri. Sebab kedua, ia membuatkan kami sukses dan kami tetap dengan casis dan suspensi buatan sendiri, sebab kami memiliki pengalaman luas dengan material itu," tegasnya.

BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 - Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut

KTM ialah satu-satunya pasukan yang menggunakan suspensi WP, dan bukan Öhlins, manakala casis daripada jenis trellis dan bukan twin spar seperti pasukan MotoGP lain. Namun, keunikan RC16 itu menjadi pertanyaan kerana jenama motosikal dari Austria itu masih belum meraih prestasi podium pertama dan hanya tempat ketiga di Valencia 2018, dilakukan Pol Espargaro.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, KTM, KTM RC, KTM RC16 MotoGP, MotoGP, MotoGP 2019, Pit Beirer, Red Bull KTM Factory, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my