• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Debut di Austria, KTM RC16 Sedia Cabar MotoGP 2017

Debut di Austria, KTM RC16 Sedia Cabar MotoGP 2017

February 25, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM mendedahkan jentera baharu bagi siri perlumbaan MotoGP musim ini - KTM RC16 2017 - di Austria dengan tampil segar bermula dalam saingan ujian pertama 2017 di Litar Antarabangsa Sepang  dan  Phillip Island sebagai persediaan tahun ini.

Bersama rekabentuk badan berlatar belakangkan jenama Red Bull, selaku jenama utama jentera itu, KTM RC16 menyerlahkan beberapa perubahan yang dilakukan pada ujian pra musim di Australia minggu lalu.

Bahagian sisi jentera didominasi tanda nama Red Bull dan KTM dalam warna merah dan hitam/oren. Lebih istimewa, pembias angin di muka depan motosikal tertera jelas perkataan 'Visit Malaysia'. Model tersebut muncul bersama pelumba, Bradley Smith dan Pol Espargaro.

PENDATANG BARU CUBA CIPTA NAMA

KTM adalah antara pendatang baharu dalam perlumbaan berprestij seperti MotoGP. Penyertaan KTM dilihat tepat pada masanya dalam usaha pengeluar itu melonjakkan jenamanya ke arena permotoran antarabangsa. Espargaro berkata, jentera baharu itu agak liar tetapi  sangat selesa.

“Setiap kali perlumbaan, kami semakin hampir. Kenangan terindah adalah apabila dapat melihat evolusi berkenaan. Terima kasih kepada KTM atas kepercayaan diberikan,” katanya.

Smith pula mengakui menghadapi tekanan, tetapi berterima kasih dengan peluang diberikan.

“Pasukan kami bekerja sangat keras. Kami sibuk dengan ujian musim sejuk dan kerja tidak akan berhenti. Ini permulaan dan saya teruja melihat potensi 2017,” katanya.

Acara sama turut menyaksikan debut jentera projek Moto2 dan Moto3.

GALERI

ktm_motogp_bike_2017_pandulaju (3)
ktm_motogp_bike_2017_pandulaju (1)
ktm_motogp_bike_2017_pandulaju (4)
ktm_motogp_bike_2017_pandulaju (2)

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM RC16, KTM RC16 (2017), MotoGP 2017, motosikal MotoGP, Red Bull, roda2, Visit Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev