SETIAP pengeluar ada model laku keras dan nostalgik, misalnya Toyota dengan Corolla, Honda dengan Civic, BMW dengan 3 Series atau Perodua dengan Myvi dan Proton dengan Saga. Semua nama itu biasa kita dengar, bagaimankaha pula dengan jenama yang asing di telinga rakyat tempatan seperti Škoda?
Sebenarnya, jenama itu tidaklah asing sangat kerana Škoda pernah dipasarkan di negara kita. Bagi jenama automotif berasal daripada Republik Czech itu, model ternama ialah Octavia.
Octavia juga model paling berjaya untuk Škoda di Britain dan sudah terjual berjuta-juta unit serata dunia. Tahun ini genap usianya 60 tahun dan masih lagi kekal dikeluarkan. Awalnya, Octavia direka sebagai model mampu milik dan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki ramai pengguna. Kiranya sebagai kereta rakyat.
BACA >>> Lelaki Tangkap Anak Panah Bergerak dalam Skoda Octavia RS 245 yang Dipecut Laju
Octavia mendapat sambutan hangat seluruh dunia dan amat digemari warga Britain hingga 500,000 unit terjual sejak memasuki pasaran negara itu pada 1959. Kini selepas enam dekad berlalu, Octavia kekal sebagai model Škoda paling laris.
Berikut Garis Masa ŠKODA Octavia:
- 1959-1971: Generasi Pertama - Model ke-8 selepas perang yang direka dan dikeluarkan di Mladá Boleslav (ibu pejabat Škoda). Octavia berasal daripada perkataan Latin, bermaksud 'lapan' atau 'octo'. Pengeluaran bermula pada 1959 dan turut dieksport ke pasaran global termasuk Britain. Sebanyak 360,000 unit Octavia dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan.
- 1996-2004: Generasi Baharu Octavia Mk1 - Model ini dikeluarkan selepas diambil alih Volkswagen Group pada 1991. Ini model penting yang menandakan kepulangan Škoda sebagai pengeluar kenderaan massa. Jenama ini mendapat sambutan hangat hinga model pemanduan kanan (RHD) untuk pasaran Britain hanya dapat dikeluarkan pada 2006. Pada tahun sama-2006-Octavia dipasarkan dengan varian vRS yang juga model pertama Škoda.
- 2004 -2013: Octavia Mk2 - Hadir dengan rekabentuk lebih mengancam, kabin luas dan teknologi canggih, tetapi pada harga mampu milik. Menggunakan enjin suntikan terus, transmisi 6-kelajuan dan dua-klac DSG.
- Pada 2005, Octavia dikeluarkan di India, diduduli China, dua tahun kemudian. Kilang baharu turut dibina di Rusia pada 2009. Menjelang 2011, hampir 38 peratus jualan global Oktavia disumbangkan negara di luar Eropah.
- 2013-Sekarang: Octavia Mk3 - Sehingga kini lebih 2.5 juta unit Octavia sudah dikeluarkan. Model facelift dikeluarkan pada 2017 dan mempunyai pelbagai varian seperti Scout 4x4, varian mewah, L&K dan varian prestasi vRS.
- Walaupun sudah 60 tahun, Oktavia kekal dengan DNA asal, iaitu kualiti dan nilai untuk wang.
Kepada yang tertanya, selepas beberapa ketika tidak aktif, AutoPraha Sdn Bhd selaku pengedar ŠKODA untuk pasaran tempatan melancarkan Octavia RS Mk2 pada 2011 bersama Superb. Škoda Oktavia RS dijual pada harga RM188,888 manakala Superb berharga RM199,999. Hmm... bukan lagi harga mampu milik di Malaysia.
BACA >>> Škoda Octavia vRS 245 - Siri Paling Berkuasa dalam Sejarahnya!
Leave a Reply