• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Dedah Foto Acah Bakal Lancar Model Baharu, Adakah Z250 (2019)?

Kawasaki Dedah Foto Acah Bakal Lancar Model Baharu, Adakah Z250 (2019)?

March 22, 2019 By ZY 1 Comment

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini laman Facebook rasmi Kawasaki Motors (Malaysia) memuat naik satu foto acah dengan slogan bertulis 'Ready For A Change?'.

Membawa maksud 'Bersedia Untuk Perubahan?', kelihatan sosok badan dipercayai tangki minyak jentera tersebut. Nampaknya ramalan kami Z250 baharu bakal dilancarkan tahun ini hampir jadi kenyataan. Pasti kami nampak terlalu yakin, tetapi ada beberapa klu yang boleh dikesan pada foto acah tersebut:

  1. Logo Kawasaki pada tangki. Jika model sportbike, pasti kata nama Ninja tertera pada sisi tangki. Tetapi, memandangkan cuma dihiasi logo Kawasaki, pasti itu ialah model naked bike Z.
  2. Perbandingan rekabentuk sisi tangki nampak sepadan dengan satu lagi model baru, Kawasaki Z400 yang sudah ditayangkan hujung tahun lalu.
Foto rasmi Kawasaki Z400

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?

Benar, buat masa ini yang didedahkan cuma Z400, tetapi firasat kami kuat mengatakan Z250 (2019) yang akan dilancarkan terlebih dahulu berdasarkan penaakulan berikut.

  1. Kawasaki Ninja 400 terkini masih tiada di pasaran. Jika tujuan Kawasaki Motors (Malaysia) ialah untuk melindungi jualan Ninja 650, alasan sama boleh diberi untuk mengetepikan Z400 supaya tidak mengacau model naked bike pertengahan, Z650.
  2. Beberapa pengedar motosikal sudah mula menawarkan promosi istimewa untuk model Z250 lama. Semakan pantas kami di laman Mudah.my, 'special promotion' ini tiada untuk model Kawasaki lain seperti Ninja 250, Ninja 650 dan Z650. Ini bermakna promosi ini cuma ditawar pada model Z250 yang bakal digantikan dalam masa terdekat.
  3. Persaingan pasaran motosikal 250cc lebih sengit dengan pelancaran Yamaha R25 (2019) baru-baru ini, yang ditawarkan pada harga RM19,998, lebih rendah daripada Ninja 250 (2018), sekitar RM23,000. Jika Kawasaki ingin bersaing, menawarkan Z250 baru yang lebih berkuasa pada harga sekitar RM20,000, pasti sedikit sebanyak dapat menggugat jualan jentera 250cc Yamaha itu.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan kecil, Kawasaki akan lancarkan Z400 memandangkan tiada langsung maklumat rasmi mengenai Z250 baru buat masa ini. Apapun, terus ikuti kemas kini daripada laman Facebook ArenaPermotoran dan PanduLaju untuk perkembangan seterusnya.

Sumber : FB Kawasaki Motor Malaysia

Related

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Foto Acah, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, KAWASAKI Z250, kawasaki z250 2019, kawasaki z400, naked bike, roda2, sportbike, teaser

Comments

  1. nedved says

    April 2, 2019 at 4:41 AM

    Kawasaki ninja 400 tiada di pasaran?mohon penulis buat kerja rumah sikit. Saya dah pakai ninja 400 lebih sebulan dah ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev