• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Saya Budak Baru Belajar, Motosikal Auto atau Manual?

Saya Budak Baru Belajar, Motosikal Auto atau Manual?

March 21, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PILIHAN motosikal semakin beragam dan mungkin dalam banyak pilihan yang ada di pasaran, sesetengah penunggang lebih suka memilih skuter dengan klac automatik kerana perlu pulas terotel saja tanpa perlu menukar gear. Malah, motosikal automatik lebih mudah ditunggang di jalan-jalan bandar, terutama  ketika trafik padat.

Namun, buat mereka yang baru berjinak dengan jentera dua roda, mana satukah pilihan tepat untuk belajar menunggang?Pendapat kami, lebih bagus jika dimulakan dengan motosikal manual.

Kenapa?

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

KENAPA MOTOSIKAL MANUAL?

Apabila sudah boleh menunggang motosikal manual, kita secara automatik dapat menunggang motosikal automatik. Sebaliknya, jika boleh menunggang motosikal automatik, kita belum tentu dapat menunggang motosikal manual dengan cekap kerana proses membiasakan diri dengan tuil klac dan pedal gear memang mengambil masa dan memerlukan kemahiran.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Chicken Strips? Pantang Besar Buat Si Hati Kering!

Apabila belajar menunggang motosikal manual, perkara pertama yang perlu dikuasai ialah mengimbangi kawalan antara terotel (tangan kanan) dan gear (kaki kiri). Jika automatik, anda cuma perlu menyesuaikan diri dengan brek dan terotel. Kelebihan lain kepada mereka yang mula menunggang dengan motosikal manual ialah kemampuan menyelaraskan klac dan terotel dengan tepat.

Malah, fiil kawalan minyak dan klac penunggang manual lebih bagus daripada penunggang automatik.

MANUAL - KAWALAN TEROTEL DAN KLAC LEBIH BAIK?

Seperti dimaklumkan di atas, kelebihan mula belajar menunggang dengan motor manual ialah tentang koordinasi atau keselarasan antara terotel dan klac yang lebih terkawal. Ini kerana ada sela masa tertentu antara minyak dan klac yang berisiko membuatkan enjin mati mengejut. Jadi, penunggang manual diajar atau belajar sendiri tentang bilakah masa tepat membuka dan menutup terotel ketika perlu menukar gear.

BACA>>>#ApaNakBuat: 4 Tip Layan Korner Buat Kaki Leper

Kemahiran ini, yang dilatih sehari-hari, akan tersimpan dalam memori dan kemudian mewujudkan kesan reaksi minda luar sedar (unconscious mind). Segala-galanya akan dilakukan spontan semudah memakan keropok. Penunggang akhirnya jadi biasa untuk menutup terotel ketika membrek, dan mengawal buka-tutup terotel mengikut situasi tunggangan.

Situasi minda luar sedar ini bolehlah diibaratkan seperti kita pulang ke rumah dari pejabat. Kita sudah tahu jalan mana perlu ditempuhi, tanpa perlu teragak-agak atau blur tentang apa yang patut dan sedang dibuat. Jadi, kelebihan mengawal input minyak inilah yang membuatkan penunggang motosikal manual mudah menunggang motosikal automatik.

Namun, kelebihan paling win yang dimiliki penunggang automatik ialah seperti gambar di bawah ini. Lagipun motosikal automatik hari ini bukan lagi jenis motosikal yang jarang ditunggang, dan susah hendak dibaik pulih pomen. Jadi terpulanglah kepada anda.

Setuju atau tidak? Anda pula jenis penunggang yang mana satu?

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: belajar bawa motor, gaya tunggangan, Motosikal Automatik, Motosikal Manual, riding tips, tip tunggang motosikal untuk wanita, tips

Comments

  1. Amran says

    March 22, 2019 at 3:00 PM

    Aku suka lagi cvt scooter

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my