• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Voice Recognition - Ciri Moden Kereta yang Kerap Diabaikan

Voice Recognition - Ciri Moden Kereta yang Kerap Diabaikan

March 16, 2016 By Han Othman Leave a Comment

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemandu tidak tahu kereta mereka ada ciri pengecaman suara (voice recognition) yang dapat dikesan menerusi simbol tepi muka dengan mulut terbuka (lihat gambar bawah) pada butang kawalan roda stereng. Ciri itu membolehkan kereta mengecam suara pemandu dan melaksanakan tugasan hanya menerusi arahan suara.

Sesetengah fungsi lain mampu melakukan tugas bukan-pemanduan seperti berikut:

imej-pengecaman-suara-pandulajudotcomdotmy

  • Penyaman udara - menukar kelajuan dan suhu.
  • Navigasi - masuk alamat, carian tempat dan membatalkan navigasi.
  • Muzik - ubah volum, sumber muzik, skip ke depan atau belakang.
  • Kawalan telefon - buat panggilan, bacakan mesej kepada anda, balas dengan mesej pratetapan.

Berdasarkan beberapa siri ujian sistem pengecaman suara yang dilakukan terhadap senarai di atas, kami mendapati arahan suhu penyaman udara kurang berfungsi. Lebih mudah anda melakukan tetapan secara manual sahaja. Arahan muzik paling kerap dan mudah digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

AGAK TERBATAS

pengecaman-suara-pandulajudotcomdotmy

Navigasi pula berbeza kerana masih memerlukan anda menekan butang untuk melakukan tugasan tertentu seperti membatalkan navigasi. Caranya agak leceh dan rumit hingga membuatkan kami bosan. Sepatutnya lebih mudah menggunakan arahan suara untuk mencari alamat rumah kawan atau sesiapa saja. Namun, kebanyakan sistem navigasi tidak membenarkan sebarang input dimasukkan ketika kereta sedang bergerak. Jadi, fungsi tersebut agak terbatas.

Apapun, telefon atau lebih tepat komunikasi jadi sangat berguna ketika menggunakan fungsi arahan suara tersebut. Ia semudah menyebut nama rakan anda dan sistem dengan pantas akan mencari nombor telefonnya. Tidak perlu lagi skrol ke menu dan mencari alfabet nama rakan anda itu.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Jangan bimbang, semua sistem tidak akan terus mendail panggilan melainkan meminta pengesahan anda terlebih dahulu. Fungsinya sama juga untuk mesej. Paling bagus, kereta anda kini mampu membantu membacakan mesej teks (dengan pelat Inggeris semestinya).

CUKUP MEMBANTU

enjoy-driving
Ciri pengecaman suara memang sangat berguna, tetapi dalam situasi tertentu fungsinya agak menyakitkan hati. Ini kerana anda perlu memahami bagaimana tiga mekanisme kawalan bersatu sebelum dapat berfungsi dengan baik, iaitu anda, sistem dan suara (apa yang anda cuba beritahu).

Ada beberapa kereta menerima arahan dengan baik. Sesetengah arahan pula memerlukan kami mengulangi arahan hingga 15 minit sebelum sistem dapat membuat pengecaman. Pada mulanya, kami menganggap mungkin disebabkan slanga bahasa yang tidak cukup 'mat saleh', tetapi rupanya masalah sama turut dihadapi pemandu luar negara berdasarkan reviu Internet.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan ciri pengecaman suara dapat berfungsi pada ketepatan 80 peratus dan anda perlu untuk sentiasa menggunakannya supaya terbiasa dengan kehendak sistem.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Kesimpulannya, kenapa tidak? Sememangnya ciri pengecaman suara dalam kereta sudah dipertingkatkan fungsinya sejak beberapa tahun kebelakangan lalu dan kini semakin baik. Malah, sistem pengecaman suara hari ini sudah dapat belajar lenggok suara anda. Paling penting, ia selamat selagi mata anda kekal melihat hadapan jalan. Malah, lebih pantas dalam tugasan tertentu.

Lagipun, bila lagi mahu ada peneman dalam kereta ketika stres memandu?

Related

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, ciri pengecaman suara, pengecaman suara, sistem pengecaman suara, voice recognition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev