Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Voice Recognition – Ciri Moden Kereta yang Kerap Diabaikan
Autotainment

Voice Recognition – Ciri Moden Kereta yang Kerap Diabaikan

Han OthmanBy Han Othman29/04/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemandu tidak tahu kereta mereka ada ciri pengecaman suara (voice recognition) yang dapat dikesan menerusi simbol tepi muka dengan mulut terbuka (lihat gambar bawah) pada butang kawalan roda stereng. Ciri itu membolehkan kereta mengecam suara pemandu dan melaksanakan tugasan hanya menerusi arahan suara.

Sesetengah fungsi lain mampu melakukan tugas bukan-pemanduan seperti berikut:

imej-pengecaman-suara-pandulajudotcomdotmy

  • Penyaman udara – menukar kelajuan dan suhu.
  • Navigasi – masuk alamat, carian tempat dan membatalkan navigasi.
  • Muzik – ubah volum, sumber muzik, skip ke depan atau belakang.
  • Kawalan telefon – buat panggilan, bacakan mesej kepada anda, balas dengan mesej pratetapan.

Berdasarkan beberapa siri ujian sistem pengecaman suara yang dilakukan terhadap senarai di atas, kami mendapati arahan suhu penyaman udara kurang berfungsi. Lebih mudah anda melakukan tetapan secara manual sahaja. Arahan muzik paling kerap dan mudah digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

AGAK TERBATAS

pengecaman-suara-pandulajudotcomdotmy

Navigasi pula berbeza kerana masih memerlukan anda menekan butang untuk melakukan tugasan tertentu seperti membatalkan navigasi. Caranya agak leceh dan rumit hingga membuatkan kami bosan. Sepatutnya lebih mudah menggunakan arahan suara untuk mencari alamat rumah kawan atau sesiapa saja. Namun, kebanyakan sistem navigasi tidak membenarkan sebarang input dimasukkan ketika kereta sedang bergerak. Jadi, fungsi tersebut agak terbatas.

Apapun, telefon atau lebih tepat komunikasi jadi sangat berguna ketika menggunakan fungsi arahan suara tersebut. Ia semudah menyebut nama rakan anda dan sistem dengan pantas akan mencari nombor telefonnya. Tidak perlu lagi skrol ke menu dan mencari alfabet nama rakan anda itu.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Jangan bimbang, semua sistem tidak akan terus mendail panggilan melainkan meminta pengesahan anda terlebih dahulu. Fungsinya sama juga untuk mesej. Paling bagus, kereta anda kini mampu membantu membacakan mesej teks (dengan pelat Inggeris semestinya).

CUKUP MEMBANTU

enjoy-driving
Ciri pengecaman suara memang sangat berguna, tetapi dalam situasi tertentu fungsinya agak menyakitkan hati. Ini kerana anda perlu memahami bagaimana tiga mekanisme kawalan bersatu sebelum dapat berfungsi dengan baik, iaitu anda, sistem dan suara (apa yang anda cuba beritahu).

Ada beberapa kereta menerima arahan dengan baik. Sesetengah arahan pula memerlukan kami mengulangi arahan hingga 15 minit sebelum sistem dapat membuat pengecaman. Pada mulanya, kami menganggap mungkin disebabkan slanga bahasa yang tidak cukup ‘mat saleh’, tetapi rupanya masalah sama turut dihadapi pemandu luar negara berdasarkan reviu Internet.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan ciri pengecaman suara dapat berfungsi pada ketepatan 80 peratus dan anda perlu untuk sentiasa menggunakannya supaya terbiasa dengan kehendak sistem.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Kesimpulannya, kenapa tidak? Sememangnya ciri pengecaman suara dalam kereta sudah dipertingkatkan fungsinya sejak beberapa tahun kebelakangan lalu dan kini semakin baik. Malah, sistem pengecaman suara hari ini sudah dapat belajar lenggok suara anda. Paling penting, ia selamat selagi mata anda kekal melihat hadapan jalan. Malah, lebih pantas dalam tugasan tertentu.

Lagipun, bila lagi mahu ada peneman dalam kereta ketika stres memandu?

autotainment ciri pengecaman suara pengecaman suara sistem pengecaman suara voice recognition
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.