• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota, JAXA Jalin Kerjasama Bangunkan Kenderaan Rover untuk Projek Teroka Bulan

Toyota, JAXA Jalin Kerjasama Bangunkan Kenderaan Rover untuk Projek Teroka Bulan

March 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


AGENSI Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) bersetuju menimbangkan kemungkinan berkolaborasi dalam projek penerokaan angkasa antarabangsa. Sebagai langkah pertama, JAXA dan Toyota mencapai persetujuan untuk melanjutkan kerjasama dan memperhebatkan kajian sedia ada mengenai pembangunan kenderaan rover bertekanan kendalian manusia (manned, pressurized rover) yang dijana teknologi sel bahan api kenderaan elektrik (EV).

Bentuk mobiliti baharu itu dilihat inovasi terbaik yang diperlukan untuk aktiviti penerokaan manusia di permukaan bulan. Walaupun sokongan sumber tenaga terhad, rover bertekanan itu mampu bergerak sejauh lebih 10,000km atas permukaan bulan.

BACA >>> Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

DIJANGKA SIAP 2030

jaxa-logo
toyota-logo

Naib Presiden JAXA, Koichi Wakata berkata, rover bertekanan kendalian manusia itu akan menjadi elemen penting dalam penerokaan manusia di bulan, dan akan direalisasikan menjelang 2030. Malah, JAXA merancang menerbangkan rover itu ke angkasa pada 2029.

Graviti bulan ialah satu per enam daripada bumi. Bulan juga memiliki rupa bumi rumit dengan kawah, cenuram dan bukit-bukau. Ia turut terdedah kepada radiasi dan keadaan suhu yang sangat teruk berbanding Bumi, serta suasana vakum ultra-tinggi.

BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020

Bagi meluaskan penerokaan manusia di bulan, adalah satu kemestian untuk menghasilkan rover bertekanan yang mampu bergerak lebih 10,000km dalam suasana  seperti dinyatakan. Justeru, model konsep 'mobiliti angkasa' jelas memenuhi keperluan misi tersebut. Malah, Toyota dan JAXA sudah menjalankan penyelidikan bersama mengenai kenderaan rover bertekanan kendalian manusia itu sejak Mei 2018

TAHAN LASAK, TEKNOLOGI SEL BAHAN API TERMAJU

Sementara itu, Presiden Toyota, Akio Toyoda tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya mengenai projek rover bulan JAXA, dan harapan kini diletakkan kepada aspek ketahanan dan prestasi pemanduan kenderaan Toyota, termasuk teknologi sel bahan api.

Naib Presiden Toyota, Shigeki Terashi pula berkata, sebagai seorang jurutera, tiada apa lebih menggembirakan selain dapat bersama dalam projek seperti itu yang melibatkan aspek pembuatan kereta, dan teknologi berkaitan EV Toyota, seperti bateri sel bahan api serta teknologi lain seperti pemanduan autonomi dan pandu sendiri.

Berdasarkan cadangan konsep, rover bertekanan kendalian manusia itu akan memiliki karakteristik seperti berikut:

  • Panjang: 6.0 meter
  • Lebar: 5.2 meter
  • Tinggi: 3.8 meter (kira-kira saiz dua bas mikro/mini)
  • Ruang bebas: 13 meter
  • Mampu memuatkan dua orang (atau empat orang jika kecemasan)
GALERI

SUMBER: Carmudi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA), Akio Toyoda, Auto Terkini, JAXA, Koichi Wakata, Rover Bertekanan, Rover Bulan, Shigeki Terashi, Toyota, Toyota Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev