• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP

Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP

March 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

585
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA Andrea Dovizioso tidak boleh bergembira sangat dengan kemenangannya pada aksi pembukaan Kejuaraan MotoGP 2019 di GP Qatar, Ahad lalu berikutan protes daripada pasukan lawan terhadap jentera pasukan Winning Mission Ducati Team.

Bukan satu, tetapi empat pasukan mengemukakan protes, iaitu Aprilia, Suzuki, Honda dan KTM yang mendakwa Ducati menggunakan peranti aerodinamik baharu yang dipasangkan pada swingarm jentera Desmosedici. Protes tersebut kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

BACA >>> #MotoGP2019: Drama di GP Qatar, Dovizioso Ketepikan Marquez dengan 0.023s

Aduan rasmi sudah dibuat seawal Ahad lalu selepas tamat perlumbaan, tetapi ditolak pihak Panel Pengelola FIM MotoGP. Bagaimanapun, rayuan kemudian dibuat dan disebabkan masa terhad untuk menyiasat hal tersebut pada keesokan hari (kerana perlumbaan berakhir sebelah malam), aduan akhirnya dibawa untuk perhatian Mahkamah Rayuan MotoGP.

MotoGP dalam satu kenyataan rasmi berkata:

Pada GP VisitQatar, Panel Pengelola MotoGP FIM menerima pelbagai protes mengenai peranti aerodinamik pada swingarm belakang jentera Ducati yang dipandu Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati Team), Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati Team), dan Jack Miller (Alma Pramac Ducati).

Protes dibuat Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Suzuki Ecstar, yang menyatakan kebimbangan masing-masing kepada Panel Pengelola FIM MotoGP. Berdasarkan garis panduan dan peraturan yang dikuatkuasakan kini, protes mereka ditolak Panel Pengelola FIM MotoGP.

Proses rayuan kemudian dimulakan dan panel rayuan kemudian memutuskan untuk merujuk kes itu kepada Mahkamah Rayuan MotoGP untuk mendapar lebih maklumat berhubung perkara tersebut.

Keputusan GP Qatar kekal seperti kedudukan sedia ada."

Related

585
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, FIM MotoGP Stewards Panel, Mahkamah Rayuan MotoGP, MotoGP 2019, MotoGP Court of Appeals, Panel Pengelola FIM MotoGP, Protes, Protes Ducati, sukan permotoran, Winning Mission Ducati Team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev