• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2019: Drama di GP Qatar, Dovizioso Ketepikan Marquez dengan 0.023s

#MotoGP2019: Drama di GP Qatar, Dovizioso Ketepikan Marquez dengan 0.023s

March 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Ducati, Andrea Dovizioso merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut di GP Qatar yang menyaksikan persaingan sengit dengan pelumba Repsol Honda, adinda Marc Marquez dengan beza masa 0.023 saat dan akhirnya memihak kepada pelumba Itali itu di selekoh terakhir. Babak sama seperti mengulangi  aksi dramtik musim lalu!

Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan senarai podium di tempat ketiga dengan catatan masa cuma 0.6 saat (42m 37.222s) daripada 5 pelumba atasan yang saling berlumba sesama sendiri daripada Dovizioso hingga kekanda Valentino Rossi (42m 37.502s). Menariknya, Rossi bermula di tempat ke-13.

BACA >>> #MotoGP2019: Previu, Fakta dan Statistik GP Qatar yang Perlu Anda Tahu

Pelana jentera Jack Miller (Pramac Ducati) pula longgar ketika berlumba hingga membuatkan dia berang dan mencampakkanya dari motosikal dan menamatkan perlumbaan lebih awal.

Sementara itu, entah apa berlaku kepada rookie Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) apabila jenteranya gagal dihidupkan hingga perlumbaan tertangguh dan terpaksa pula bermula di lorong pit dan bukan grid ke-5.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech3) menamatkan aksi di posisi terakhir, iaitu ke-20 dengan catatan masa 43m 20.144s, manakala rakan rookie, Miguel Oliveira di tempat ke-17, dan Pol Espargaro menjadi pelumba KTM paling pantas, iaitu di tempat ke-12, manakala rakannya, Johann Zarco ke-15.

Seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli berada di tempat ke-11, cuma 0.11 saat di belakang Aleix Espargaro  (Factory Aprilia Gresini).

GP QATAR

  1. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (Desmosedici GP19) 42m 36.902s
  2. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 42m 36.925s
  3. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 42m 37.222s
  4. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 37.359s
  5. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 37.502s
  6. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (Desmosedici GP19) 42m 39.222s
  7. Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 39.383s
  8. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* 42m 41.990s
  9. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 42m 44.308s
  10. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 46.538s
  11. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 46.549s
  12. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 49.676s
  13. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) 42m 51.209s
  14. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 51.251s
  15. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 51.995s
  16. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 52.807s
  17. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 53.279s
  18. Karel Abraham CZE Reale Avintia (Desmosedici GP18) 42m 59.874s
  19. Tito Rabat ESP Reale Avintia (Desmosedici GP18) 42m 59.941s
  20. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 43m 20.144s
  • Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Jack Miller AUS Pramac Ducati (Desmosedici GP19) DNF
  • Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (Desmosedici GP18)* DNF

* Rookie

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, auto terkini, GP Qatar, Litar Antarabangsa Losail, Marc Marquez, MotoGP 2019, Qatar, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
    #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
  • Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"
    Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my