PELUMBA muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin menepati ramalan apabila muncul juara dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu meneruskan rentetan kejayaan cemerlang memenangi gelaran CP115 pada musim lepas apabila selesa mendahului keseluruhan perlumbaan sekaligus berjaya mengetepikan cabaran rakan-rakan senior termasuk rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan saingan di tempat kedua.
Sementara itu, Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa, semalam menamatkan perlumbaan di tempat ketiga setelah berjaya mengetepikan cabaran sengit yang diberikan Abd Muhaimin Roslan dan Mohd Izzat Zaidi.
“ Saya gembira dengan kemenangan ini meskipun menjangkakan persaingan yang lebih sengit," ujar Kasma.
Sementara itu, perlumbaan kelas Wira menjadi milik naib juara musim 2015, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang menewaskan Md Fareez Afeez (Felda PB Racing). Manakala pendatang baharu kelas CP115 yang juga merupakan juara kelas Wira 2015, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di kedudukan ketiga.
Saingan kelas Wira dikuasai oleh Mohd Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) diikuti Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) dan S. Alif Nazirul S. Ismail (Persendirian) di tempat ketiga.
Keputusan
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
3. Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing)
4. Mohd Izzat Zaidi (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
5. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing)
CP115
1. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
2. Md Fareez Afeez (Felda PB Racing)
3. Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
4. Md Hazieq Md Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
5. Zaidi Mohd Zaifaizal (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
WIRA
1. Mohd Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
2. Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport)
3. S. Alif Nazirul S. Ismail (Persendirian)
4. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
5. Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Yamaha)
Leave a Reply