• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kasma Daniel Juara CP130 Cub Prix 2016 Pusingan Pertama

Kasma Daniel Juara CP130 Cub Prix 2016 Pusingan Pertama

March 14, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Cub Prix 2016PELUMBA muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin menepati ramalan apabila muncul juara dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu meneruskan rentetan kejayaan cemerlang memenangi gelaran CP115 pada musim lepas apabila selesa mendahului keseluruhan perlumbaan sekaligus berjaya mengetepikan cabaran rakan-rakan senior termasuk rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Cub Prix 2016Sementara itu, Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa, semalam menamatkan perlumbaan di tempat ketiga setelah berjaya mengetepikan cabaran sengit yang diberikan Abd Muhaimin Roslan dan Mohd Izzat Zaidi.

“ Saya gembira dengan kemenangan ini meskipun menjangkakan persaingan yang lebih sengit," ujar Kasma.

Cub Prix 2016Sementara itu, perlumbaan kelas Wira menjadi milik naib juara musim 2015, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang menewaskan Md Fareez Afeez (Felda PB Racing). Manakala pendatang baharu kelas CP115 yang juga merupakan juara kelas Wira 2015, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di kedudukan ketiga.

Saingan kelas Wira dikuasai oleh Mohd Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) diikuti Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) dan S. Alif Nazirul S. Ismail (Persendirian) di tempat ketiga.

Cub Prix 2016Keputusan
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
3. Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing)
4. Mohd Izzat Zaidi (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
5. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing)

CP115
1. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
2. Md Fareez Afeez (Felda PB Racing)
3. Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
4. Md Hazieq Md Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor)
5. Zaidi Mohd Zaifaizal (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)

WIRA
1. Mohd Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
2. Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport)
3. S. Alif Nazirul S. Ismail (Persendirian)
4. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing)
5. Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Yamaha)

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AAM, Cub Prix 2016, GIVI, Kasma Daniel Kasmayudin, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016, Md Zaqhwan Zaidi, Petronas, Petronas Yamaha Maju Motor, Tengku Amirul Haffirudin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my