• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Alasan Miller Gagal Tamat Perlumbaan, "Macam Ais, Buntut Aku Tak Ada Grip"

Alasan Miller Gagal Tamat Perlumbaan, "Macam Ais, Buntut Aku Tak Ada Grip"

March 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

982
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA insiden pelik dan lucu di GP Qatar semalam ialah aksi pelumba Pramac Ducati, Jack Miller mencampakkan pelana motosikal yang dipercayai longgar. Beliau bagaimanapun tetap gagal meneruskan saingan dan terpaksa menarik diri daripada perlumbaan.

Pelumba Australia berusia 24 tahun ini berlumba baik dan berada dalam kumpulan pelumba pertama pada lap kedua sebelum pelana jenteranya tiba-tiba rosak yang memaksa dia berdiri, menarik keluar komponen itu dan mencampakkannya.

BACA >>> #MotoGP2019: Drama di GP Qatar, Dovizioso Ketepikan Marquez dengan 0.023s

"Pusingan pertama masih bagus, tetapi masuk pusingan kedua, aku rasa hampir terperosok masuk ke dalam motor sebab pelana patah, dan kemudian aku dapat rasa klip belakang pelana berada di tempat ia dipasang. Jadi aku fikir semuanya OK.

"Tetapi pusingan seterusnya, ia jatuh lagi. Aku nampak pelana berpusing. Aku pegang dan campak, tetapi apabila seat ditanggalkan, ia seperti ais dan buntut aku tak ada grip.

"Masalahnya, aku tak dapat layan corner. Aku masuk dan buntut aku tergelincir keluar dari seat dan tak mencengkam. Jadi aku tak dapat guna bahu dan terpaksa duduk di tengah dan guna banyak sudut miring," kata Miller seraya menitiskan air mata kekecewaan.

Selain Miller, dua pelumba lain yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Bradley Smith (Factory Aprilia Gresini) dan Francesco Bagnaia (Pramac Ducati).

SUMBER: wwos.nine.com.au

Related

982
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Qatar, Jack Miller, MotoGP 2019, Pramac Ducati, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my