• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!

Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!

March 12, 2019 By Han Othman Leave a Comment

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic  Type R dilaporkan bakal menjadi gelandangan berikutan penutupan kilang pemasangan model itu di Swindon, Britain pada 2022 nanti. Namun masa depan model hangat itu sebenarnya tidak akan tamat di situ.

Berdasarkan kenyataan terbaharu Honda pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Civic Type R bakal muncul dengan penampilan baharu dan berbeza menerusi versi hibrid dan juga bersedia menerima trenkuasa elektrik.

BACA >>> Honda Civic Type R (2019) Versi Facelift Dikesan dengan Bampar, Spoiler Baharu

Type R versi hibrid kini menjadi sebahagian rancangan Honda dalam menghasilkan produk bercita-cita tinggi untuk pasaran Eropah. Honda yakin pemanduan rendah emisi akan menjadi kunci kepada lonjakan jualan jenama itu. Malah, pengeluar automotif dari Jepun itu baru saja mengumumkan bahawa setiap model Honda kelak akan menampilkan model hibrid dan elektrik menjelang 2025, khas untuk pasaran Eropah.

BUKAN SEKADAR TUKAR ENJIN HIBRID, ELEKTRIK

Type R bakal dibekalkan enjin hibrid dan elektrik.

Menurut kenyataan kepada PistonHeads, Ketua Projek Honda Urban EV (ditayangkan sebagai e Prototype), Kohei Hitomi berkata, Type R baharu akan mendapat motor elektrik  atau hibrid.

"Kami fikir mudah untuk mencapai prestasi Type R dengan EV penuh buat masa ini, tetapi Type R bukan hanya tentang prestasi. Ia juga tentang pengendalian, operasi dan pemanduan. Kami tidak fikir ia semudah menggantikan enjin dengan kuasa elektrik. Itu bukan hala tuju yang betul untuk Type R," katanya.

BACA >>> Honda e Prototype - Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

Menurut Hitomi, rancangan awal ialah melihat bagaimana pengalaman Type R dapat dipertingkat lebih baik menerusi trenkuasa elektrik.

"Pengguna mengadu apabila kami beritahu Type R akan guna pengecas turbo, tetapi sekarang mereka menghargai kemungkinan baharu ini. Saya percaya ia juga sama untuk kenderaan elektrik, pengguna yang sukakan Type R akan sedar apa boleh ditambah untuk pengalaman pemanduan.

"Kami cuma perlu cari atribut terbaik yang relevan untuk Type R bagi meningkat pengalaman tanpa menghilangkan apa itu Type R," katanyanya lagi.

NSX JADI CONTOH TERBAIK

Kenyataan Hitomi itu dibuat ketika Eropah bersedia mengembangkan potensi CR-V Hybrid kepada versi elektrik penuh dengan menggunakan tetapan multimod yang menggabungkan dua motor elektrik dan transmisi gear-tetap. Ada 3 mod yang membolehkan pemandu mendapatkan hantaran kuasa dari roda depan atau semua roda dalam pelbagai cara seperti berikut:

  • EV Drive - Bateri litium-ion membekalkan kuasa kepada motor propulsi elektrik secara terus.
  • Hybrid Drive - Enjin membekalkan kuasa kepada motor generator elektrik dan kemudian menukarkan bekalan kuasa itu kepada motor propulsi elektrik.
  • Engine Drive - Enjin berhubung secara terus kepada roda menerusi klac lokap (lock-up clutch).

Walaupun tidak cukup untuk menggambarkan Type R, tetapi Acura NSX ialah contoh tentang bagaimana menggunakan elektrifikasi untuk kelebihan kenderaan. Gabungan tiga motor elektrik, enjin V6 dan transmisi konvensional dilihat mampu memberikan potensi pemanduan semua roda (AWD) yang menakjubkan. Jika jurutera Honda mengguna metod sama untuk Type R, memang ada kemungkinan untuk kita menyasikan Type R bakal menghidupkan gandar belakangnya.

BACA >>> Honda NSX 2016: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini

Di mana dan bilakah model itu akan muncul, itu cerita yang lain. Namun menurut Honda, susulan penutupan kilang di Swindon, Type R kini perlu mencari rumah baharu sama ada di Amerika atau Kanada.

SUMBER: AutoGuide

Related

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R EV, Honda Civic Type R Hybrid, Kenderaan Elektrik (EV), Kohei Hitomi, Roda4, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my