• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi...

#SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi...

March 6, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-BARU ini, Kerajaan mengumumkan tol di empat lebuh raya bertol di Lembah Klang membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART akan diberikan secara percuma.

Bagaimanapun, tol percuma itu hanya diberikan pada waktu bukan puncak iaitu bermula 11 malam hingga 5 pagi, manakala caj biasa tetap akan dikenakan pada waktu puncak selain diskaun 30 peratus pada waktu biasa.

Rentetan pengumuman itu, muncul pelbagai kritikan demi kritikan tentang penyelesaian tol tersebut yang didakwa seperti acuh tidak acuh saja.

Secara peribadi, dari dahulu lagi abang tak setuju tol dimansuhkan. Harus tahu, kutipan tol yang dibayar pengguna bukan melibatkan faktor keuntungan semata-mata. Ia juga meliputi kos pengurusan dan penyelenggaraan.

BACA >>> #SembangDeras: Rasionalkah Cadangan Tol Fleksi dengan Caj Kesesakan Waktu Puncak?

Bagi abang, isu tol di Malaysia seakan sudah menjadi bahan politik. Apa yang pasti, tol bakal dihapuskan hampir mustahil dilaksanakan.

Apapun, tol atau cukai tetap akan ada. Ini bukan kami cakap, Menteri Kerja Raya sendiri yang cakap. Mengharapkan tol percuma tanpa ada imbal balik dari segi bayaran cukai adalah tidak munasabah dalam dunia moden hari ini yang serba materialistik. Sembang banyak tak nak, ini pandangan abang mengenai isu pemansuhan tol.

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: plaza tol, tol dihapuskan, tol dimansuhkan, Tol Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my