• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bos KTM Tech3: "Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu"

Bos KTM Tech3: "Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu"

March 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal berkata, pasukannya akan bekerja keras untuk merapatkan jurang dengan pelumba pasukan pengilang dan kini bersedia membuka lembaran baharu dalam saingan MotoGP.

Pasukan Tech3 menjadi tajuk utama media permotoran dunia selepas menamatkan kerjasama jangka panjang dengan Yamaha apabila bersetuju berkolaborasi sebagai pasukan satelit baharu KTM bermula 2019. Poncharal menganggap debut Tech3 bersama KTM musim ini sebagai tahun pembelajaran.

BACA >>> Red Bull KTM Dedah Seragam Jentera MotoGP 2019 yang Segak Bergaya

“Akhirnya kami ada di Qatar dan musim MotoGP 2019 akan bermula. Permulaan musim baharu selalu jadi sesuatu yang sangat mengujakan, tetapi jelas sekali bagi pasukan Red Bull KTM Tech3 tahun ini ialah lebih mencabar berbanding musim-musim lalu kerana kami membuka bab baharu.

"Kami akan memulakan pengembaraan baharu, kami ada pasukan pengeluar motosikal baharu yang bekerja dengan kami - KTM, penaja baharu - Red Bull dan rakan kongsi minyak baharu - Elf. Jadi, ia nampak seperti bermula dari kosong.

"Sudah tentu kami bekerja keras sepanjang musim rehat di Sepanyol, Malaysia dan Qatar, tetapi kami juga sangat bersemangat dan tidak sabar untuk tengok apa yang berlaku pada perlumbaan pertama nanti. Jelas sekali, kami tidak berada dalam posisi yang boleh mencabar pelumba atasan buat masa ini, tetapi misi musim ini ialah mengurangkan jurang dengan pelumba terpantas," kata Poncharal, optimis.

RAPATKAN MASA DENGAN PASUKAN PENGILANG

Dengan rookie Miguel Oliveira (88) yang menjadi rakan pelumba baharu kepada Hafizh Syahrin (55), dan Johann Zarco sebagai rekrut baharu pasukan pengilang Red Bull KTM Factory Racing, Poncharal menegaskan dua pelumba pasukannya amat jelas dengan misi yang mahu dicapai, iaitu menghasilkan momentum dengan KTM menerusi aksi pembukaan di Qatar hujung minggu ini.

"Saya percaya dengan Oliveira, kami ada pelumba hebat dengan potensi besar dan keinginan kuat untuk jadi sebahagian projek ini untuk maju ke depan.

"Hafizh juga bersemangat sama, dia masih perlu untuk melupakan apa yang dia sudah buat dengan jentera musim lalu (Yamaha), tetapi saya rasa mereka berdua dapat buat dengan baik dan mereka juga faham betapa penting MotoGP untuk KTM.

"Mereka dapat saksikan tahap komitmen jurutera Austria, juga dapat rasa diri mereka sebagai pelumba pengilang dengan kehadiran jabatan perlumbaan di belakang, dan evolusi berlaku hampir setiap kali ujian dan inilah apa yang menjadikan musim ini sangat menyeronokkan.

BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 - Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut

"Sasaran kami, berada sehampir mungkin dengan pelumba pasukan pengilang, dan sudah tentu semua perlu berlumba dengan tahap prestasi jentera KTM RC16. Seluruh pasukan menunjukkan dedikasi 100 peratus untuk misi ini. Kami tak sabar menanti malam Jumaat ini di Losail!" kata Poncharal yang jelas menampakkan api keazaman membara dalam bola matanya.

SUMBER: VisorDown

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, Johann Zarco, KTM, KTM RC16, Miguel Oliveira, MotoGP 2019, Red Bull KTM Factory Racing, Red Bull KTM Tech3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev