SABAR, bawa bertenang. Jangan terkejut selepas baca tajuk di atas. Sebenarnya agak lama kami simpan maklumat rahsia ini dan sekarang sudah tiba masa kami dedahkan serba sedikit sebelum semua jadi rasmi dalam masa terdekat. Bila? Kenalah tungguuu...
Modenas ditubuhkan pada 1995 dengan majoriti saham dipegang Kawasaki, Sojitz, Khazanah Nasional dan DRB-Hicom. Dek masalah kewangan dan jualan yang semakin merosot, Modenas khabarnya berdepan situasi sama seperti Proton.
BACA >>> #BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax
KAWASAKI TAMBAH PEMILIKAN SAHAM?
Kawasaki Motor Corporation yang sebelum ini memiliki pegangan saham 19 peratus bakal menambah pegangan saham dalam Modenas, tetapi DRB-Hicom masih kekal sebagai pemegang saham terbesar. Ia sama seperti mana pegangan saham Proton-Geely.
Mungkin selepas ini, operasi dan pengurusan akan diserahkan kepada Kawasaki Motor Corporation, ataupun sebaliknya. Ada kemungkinan juga pembelian saham itu membolehkan Modenas mendapat akses untuk model Kawasaki baharu. Ini kerana sebelum ini jika Modenas mahukan mana-mana model Kawasaki baharu, mereka perlu bayar caj awal tinggi bernilai jutaan ringgit.
Jika kerjasama itu terlaksana bagai dikata, persoalannya, apakah akan terjadi kepada usahasama sedia ada antara Bajaj dan Kymco? Pendapat kami, tiada isu pun kerana kita sendiri maklum Kawasaki India dan Bajaj sudah sedia menjalin kerjasama bantuan teknikal untuk meluaskan pengeluaran motosikal di sana.
Cuma apakah fokus segmen motosikal Modenas untuk pasaran tempatan nanti? Adakah Kawasaki Motor Corporation akan menumpukan kepada pembuatan motosikal bersesaran besar, manakala Bajaj memberikan fokus untuk model sesaran kecil? Menarik juga drama ini.
BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000
Sufi says
Kawasaki masih boleh mencuba pasaran moped terutama 150cc.. Boleh jd pesaing pd yamaha y15zr.. Enjin kawasaki ninja 125cc ade potensi utk jd super moped 150cc klu btul cr promosinya serta bleh bersaing dlm cub prix.. Modenas dh ade bnyk pengalaman dlm cub prix racing.. Menarik utk masa dpn modenas
Senusi B.Osman says
Bila agaknya moped ini akan dilancarkan, xkira atas nama MODENAS ATAU PUN KAWASAKI.