• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Brabus Perkenal Smart ForTwo EQ Cabrio Ultimate E Shadow Edition yang Serba Mewah

Brabus Perkenal Smart ForTwo EQ Cabrio Ultimate E Shadow Edition yang Serba Mewah

March 5, 2019 By Han Othman Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BRABUS melancarkan model elektrik edisi khas, Smart ForTwo EQ Cabrio Ultimate E Shadow Edition pada harga AS$74,000 (RM301,700) dalam jumlah terhad, 28 unit sahaja.

Kereta 2 kerusi ini dibekalkan motor elektrik dan ciri dalaman dinaik taraf dengan rekabentuk lebih menarik, sepadan harga ditawarkan yang menyamai nilai sebuah kereta mewah di Eropah.

Edisi Ultimate E Shadow Edition mampu menjana kuasa 91hp dan tork 180Nm, peningkatan 10hp dan 20Nm berbanding Smart ForTwo EQ Cabrio versi biasa. Menurut Brabus, model ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 10.9 saat dengan kelajuan maksimum 130kmj.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

CIRI SERBA MEWAH

brabus-ultimate-e-shadow-edition-10
Brabus-500-Shadow-OPS-Limited-Edition

Ada 4 mod pemanduan ditawarkan dengan mod paling atas, Sport + untuk pemanduan berprestasi tinggi dan Eco jika mahu mendapatkan penjimatan bahan api optimum yang mampu memberikan tambahan jarak 125km.

Berbanding model terdahulu, Ultimate E Shadow Edition memiliki bampar depan lebar, corong udara tambahan di depan, difuser belakang dan kemasan salut pintu yang direka untuk mengoptimumkan efek aerodinamik kereta.

Luaran kelabu memberikan rupa Ultimate E Shadow Edition seakan bot edisi khas, Brabus 500 Shadow OPS Limited Edition yang dilancarkan awal tahun ini. Turut melengkapi model kereta elektrik ini ialah rim 18 inci, tayar 205/30 (depan) dan 235/30 (belakang). Talaan sistem suspensi diperhalusi mengikut ketinggian, lebar badan dan tayar tipis digunakan supaya sepadan pengalaman pemanduan sporty, keselamatan dan keselesaan.

BACA >>> Bot Laju 1,600hp Rai Kerjasama 11 Tahun Mercedes-AMG dan Cigarette Racing

Kemasan upholsteri model sentuhan Brabus ini menggunakan kulit merah untuk material kerusi dan papan pemuka, juga sama seperti kabin Brabus 500 Shadow OPS Limited Edition. Ada juga bahagian aluminium, dan gentian karbon serta nombor siri kereta yang tertera atas papan pemuka, manakala lantai dilapik karpet baharu.  Ultimate E Shadow Edition akan melakukan debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2019, bulan ini.

GALERI

SUMBER: Motor1

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Brabus, Brabus 500 Shadow OPS Limited Edition, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Smart ForTwo EQ Cabrio Ultimate E Shadow Edition, Ultimate E Shadow Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev